Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga Australia kongsi nasib isteri, dua anak terperangkap di Gaza

Nov 02, 2023 | 03:31 PM



RAFAH/GAZA: Apabila Encik Fady Abukhousa berkunjung ke Jaluran Gaza beberapa minggu lalu dari Australia, beliau tidak sedikit pun terbayang senario mimpi ngeri yang akan dilaluinya.


Beliau, isterinya Cik Amani, dan dua anak kecil mereka, Mohammed dan Yazan – kesemuanya warga Australia – menziarahi keluarga di kawasan yang dikepung itu.

Encik Abukhousa pulang lebih awal, kembali ke Sydney pada akhir September, meninggalkan isteri dan anak-anaknya. Kini, mereka terperangkap dalam kawasan yang disekat di tengah-tengah kempen pengeboman Israel ke atas Gaza.

Turut tersepit ialah anggota keluarganya yang lain yang bukan warga negara Australia, termasuk ibu dan abangnya.

“Ia benar-benar sukar,” kata Encik Abukhousa, sambil menambah bahawa anak-anaknya yang berumur tujuh dan 10 tahun tidak boleh tidur pada waktu malam kerana pengeboman tanpa henti.

Namun, sejak beliau mengetahui bahawa lintasan sempadan yang menghubungkan Mesir dengan Semenanjung Gaza dibuka buat sementara waktu pada Rabu untuk membolehkan mangsa perang yang cedera parah dan warga asing keluar, Encik Abukhousa telah berusaha keras untuk menghubungi keluarganya.

Isteri dan anak-anaknya, bersama kira-kira 500 orang lain, adalah sebahagian daripada warga asing dan dua warga negara yang digesa Pihak Berkuasa Sempadan dan Lintasan Gaza supaya berlepas ke sempadan lintasan Rafah, lapor AlJazeera.


Tetapi disebabkan pemadaman komunikasi yang dilakukan Israel semula di Gaza semalaman, Encik Abukhousa tidak tahu sama ada mereka mendapat berita itu kerana beliau tidak mendapat khabar daripada mereka dalam dua hari.

Masalah yang beliau hadapi mencerminkan cabaran yang berterusan untuk membawa orang dari Gaza keluar daripada pengeboman Israel ke atas jaluran itu selepas serangan Hamas ke atas selatan Israel pada 7 Oktober.

“Saya tidak fikir mereka tahu (persimpangan) dibuka,” kata Encik Abukhousa, merujuk kepada keluarganya.

Keluarganya telah melakukan empat kali perjalanan ke lintasan Rafah sejak beberapa minggu lalu.

Tetapi setiap itu, mereka mendapati ia masih ditutup dengan keadaan di sempadan terlalu berbahaya untuk mereka kekal di sana.

Sementara itu, kedutaan Australia memberitahu Abukhusa bahawa mereka tidak berupaya melakukan lebih banyak untuk membantu keluarganya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >