Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga S’pura yang ditangkap, disyaki terlibat dalam kes bunuh dibebas atas ikat jamin

Oct 31, 2023 | 05:47 PM



Dua lelaki warga Singapura serta seorang wanita warga Malaysia, didakwa terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki warga Malaysia, 25 tahun, di Johor Bahru pada awal pagi Jumaat, 27 Oktober 2023.

Lelaki yang ditangkap, Pan Xuanyao, 29 tahun dan Fu Yiming 26 tahun manakala wanita warga Malaysia yang disyaki terlibat ialah, Yang Yiwen, 33 tahun.

Akhbar China Press melaporkan bahawa Pan Xuanyao, yang menghadapi dua pertuduhan, mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan dan dibenarkan ikat jamin RM12,000 (S$3,446), RM7,000 dan RM5,000 untuk setiap tuduhan.


Bagaimanapun, dia telah dibenar keluar dari reman pada 30 Oktober dan perbicaraan mahkamah seterusnya dijadualkan pada 13 Disember.

Dia memakai baju hitam dan tiba di mahkamah di Johor Bahru pada pagi Isnin.

Pertuduhan pertama menyatakan Pan Xuanyao disyaki memandu di bawah pengaruh dadah, menyebabkan sebuah kereta berdaftar Singapura merempuh pagar istana Johor kira-kira jam 5:35 pagi pada 27 Oktober.

Jika disabit kesalahan, dia boleh dipenjara antara tujuh dengan 10 tahun dan denda antara RM30,000 dan RM50,000.

Pertuduhan kedua pula menyatakan dia disyaki mengambil dadah dan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda RM5,000.

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan dan diterjemah di mahkamah.

Peguamnya kemudian memetik kesalahan anak guamnya pada masa lalu dan meminta syarat jaminan yang lebih ringan.

Ikat jamin dibenarkan selepas dua pertuduhan berasingan didengar oleh dua hakim, satu bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh perlu melaporkan diri kepada polis sebulan sekali dan dikehendaki mempunyai dua penjamin.

Dalam kes tersebut, seorang lelaki warga Malaysia didakwa diserang di luar sebuah kelab malam KTV di Taman Sentosa, Johor Bahru, sekitar 3 pagi pada 27 Oktober.

Lelaki itu cuba melarikan diri tetapi dikatakan dikejar dan disyaki ditikam beberapa kali oleh seorang lelaki.

Mangsa dilaporkan ditemui dengan “ kesan tikaman” di dada, perut, rusuk, bahu, belakang, jari dan pipi.

Beliau akhirnya meninggal dunia akibat kecederaannya, dan badannya kemudian ditutup dengan sehelai kain putih.

Lelaki yang didakwa menikam mangsa melarikan diri.

Pada ketika itu polis Malaysia cuba mengesan suspek pembunuhan apabila mereka dimaklumkan mengenai sebuah sedan Audi yang “mencurigakan” berdaftar di Singapura.

Kenderaan itu, dipandu seorang lelaki warga Singapura dan membawa dua penumpang — seorang lagi lelaki warga Singapura dan seorang wanita Malaysia — terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh dua kereta dari arah bertentangan sebelum akhirnya bertembung dengan sebahagian pintu pagar istana Johor.

Ketiga-tiga mereka ditahan kerana disyaki membunuh lelaki warga Malaysia berusia 25 tahun itu.

Polis merampas sebilah pisau dan tiga telefon bimbit, antara barangan lain.

Ketiga-tiga mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Laporan media menyatakan bahawa wanita Malaysia itu didakwa terlibat dengan mangsa dan salah seorang lelaki warga Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >