Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA

Sep 25, 2023 | 02:50 PM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempertahankan jawatan sebagai Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) bagi penggal 2023 apabila memenangi pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti itu, yang diumumkan pada Isnin.


Beliau meraih majoriti sebanyak 558 undi selepas memperoleh 569 undi mengalahkan pencabarnya, Tan Chong Seng yang mendapat 11.

Ahli Parlimen (AP) Ayer Hitam itu, kali pertama memenangi jawatan berkenaan pada pemilihan 2018, mengalahkan dua pesaingnya ketika itu, iaitu bekas Naib Presiden MCA, Encik Gan Ping Sieu dan Encik Ngoo Teck Keong.

Terdahulu, bagi jawatan Timbalan Presiden, Datuk Dr Mah Hang Soon, mengekalkan jawatannya selepas tidak dicabar pada pemilihan parti peringkat pusat, yang bermula Sabtu lalu.

Jawatan Naib Presiden pula dimenangi Datuk Lim Ban Hong dan Datuk Tan Teik Cheng, yang mempertahankan jawatan masing-masing selepas mendapat 477 dan 469 undi.

Dua muka baru jawatan Naib Presiden dimenangi oleh Timbalan Bendahari Agung, Datuk Lawrence Low Ah Kiong dan Ahli Jawatankuasa Pusat, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, masing-masing memperoleh 470 dan 496 undi.

Datuk Seri Ti Lian Ker gagal mempertahankan jawatannya itu selepas hanya mampu memperoleh 136 undi. Calon lain yang tewas adalah Ketua Wanita MCA Sabah, Datuk Dr Pamela Yong, dan Ketua Pemuda Kebangsaan, Datuk Nicole Wong.

Keputusan rasmi pemilihan diumumkan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon, sejurus selepas proses pengiraan undi selesai pada 11.50 malam pada Ahad lalu.

Mengulas kemenangan itu, Datuk Dr Wee menyifatkan ia adalah kepercayaan yang diberi sekali lagi oleh akar umbi kepada beliau.

“Kemenangan ini adalah mandat dan pada masa sama memberi suntikan semangat kepada kami untuk memimpin parti ke arah mengembalikan kegemilangan,” katanya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi dan berharap, pasukan yang baru dipilih ini bersedia menggalas tanggungjawab berat yang diberikan akar umbi untuk mengembalikan kegemilangan MCA.

“Dengan terbentuknya pasukan baru empat jawatan naib presiden, saya yakin kita boleh merencanakan strategi dan juga pelbagai program untuk memastikan parti ini boleh melakukan sesuatu yang seiring dengan peredaran zaman,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Ketika diminta mengulas dua muka baru dalam jawatan naib presiden, Datuk Wee meminta semua pihak menunjukkan kematangan dalam berpolitik selain meletakkan kepentingan parti melebihi segalanya.

“(Pemilihan) ini adalah proses demokrasi di mana perwakilan di peringkat bahagian mengundi dan, mereka telah memutuskan seperti malam ini,” katanya.

Datuk Wee berkata semua calon adalah aset parti dan perwakilan menghadapi kesukaran memilih hanya empat daripada tujuh calon yang bertanding.


Justeru katanya, keputusan pemilihan itu perlu dihormati kerana yakin perwakilan sudah membuat perbincangan dan meneliti pencapaian setiap calon yang bertanding.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >