Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

3,000 kru kabin baru sertai SIA sejak Feb 2022

May 31, 2023 | 04:08 PM



SEKITAR 3,000 kru kabin baru telah menyertai Singapore Airlines (SIA) sejak Februari 2022 dalam usaha syarikat penerbangan itu untuk memenuhi permintaan penerbangan yang kian meningkat.

Sebanyak 30 peratus daripada jumlah itu merupakan kru kabin lama yang kembali ke SIA sejak penularan Covid-19 yang telah menjejas pekerjaan dan pendapatan mereka.

Dalam satu wawancara bersama ketua pegawai eksekutif SIA Encik Goh Choon Phong pada Selasa, beliau meluahkan rasa gembira dapat menarik balik kakitangan lama untuk kembali ke SIA setelah terpaksa melepaskan segelintir daripada mereka dek penularan pandemik.

“Bagi kru kabin, sebahagian besar pendapatan mereka diperoleh daripada penerbangan. Dan apabila bilangan penerbangan terpaksa dikurangkan semasa Covid-19, pendapatan untuk menyara keluarga mereka terjejas,” kata Encik Goh.

Menurut Encik Goh, SIA telah memulakan pengambilan pekerja sejak pandemik lagi, demi untuk menyediakan operasi, sumber dan kakitangan untuk memenuhi permintaan penerbangan yang bakal meningkat susuli sekatan pandemik dilonggarkan.

Ini termasuk menyediakan latihan bagi kakitangan penerbangan dan juga kru kabin, meskipun kapasiti penerbangan masih rendah.

Selain kru kabin, SIA juga telah mempertingkatkan kapasiti pusat pelanggannya ke 130 peratus, meskipun kapasiti penerbangannya buat masa kini hanya 80 peratus berbanding pra-Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >