Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPPMS anjur seminar tingkat perniagaan bersama F&B dan India

Ia bagi cari cara inovatif untuk bantu perniagaan berkembang maju dalam landskap ekonomi yang berubah-ubah 
Feb 10, 2025 | 12:37 PM
Edisi kedua Chamber Circle, acara rangkaian anjuran Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) di Hotel Village Bugis pada 4 Februari. Para peserta mempelajari selok belok perniagaan daripada pakar industri dan daripada satu sama lain.
Edisi kedua Chamber Circle, acara rangkaian anjuran Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) di Hotel Village Bugis pada 4 Februari. Para peserta mempelajari selok belok perniagaan daripada pakar industri dan daripada satu sama lain. - Foto DPPMS

Akses kepada sokongan dan sumber, memastikan produk dapat dilihat ramai dan bekerjasama antara faktor penting dalam memastikan kejayaan dan peningkatan perniagaan.

Perkara inilah yang dikongsikan kepada perniagaan F&B dan India dalam edisi kedua Chamber Circle, anjuran Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).

Sesi yang dihadiri 85 ahli perniagaan itu memberi peluang kepada mereka berinteraksi dengan pemain industri dan ahli lembaga DPPMS, dan menjalin rangkaian. 

Acara itu, sebahagian daripada misi DPPMS untuk memperkasa perniagaan Melayu-Islam, merupakan peluang penting bagi perniagaan F&B dan India berhubung dan bekerjasama, membentuk pertumbuhan dan inovasi dalam industri.

Berlangsung pada 4 Februari di Hotel Village seperti edisi pertama, acara itu merupakan peluang penting bagi perniagaan F&B dan India berhubung dan bekerjasama, memupuk pertumbuhan dan inovasi dalam industri.

Perbincangan merangkumi pengembangan pasaran dan penyelesaian inovatif untuk membantu perniagaan berkembang maju dalam landskap ekonomi yang berubah-ubah. 

Peserta diberi peluang berinteraksi dengan ahli lembaga DPPMS, pemimpin perniagaan dan pakar industri.

Melalui perbincangan dan interaksi ini, para peniaga juga dapat mengetahui tentang bagaimana menangani cabaran khusus industri dan meneroka strategi pertumbuhan. 

Para hadirin juga mempelajari cara DPPMS boleh menyokong pertumbuhan perniagaan mereka melalui inisiatif seperti pensijilan Perusahaan Milik Muslim.

Pensijilan ini boleh membantu perniagaan meneroka perkongsian strategik dan meningkatkan kehadiran pasaran mereka di peringkat tempatan dan serantau.

Mereka juga membincangkan bagaimana mempermudah proses aplikasi Geran Huraian Daya Penghasilan (PSG) agar lebih banyak perniagaan dapat bantuan yang diperlukan.

Menurut Naib Presiden DPPMS, Cik Fadilah Majid, mereka yang menghadiri sesi Chamber Circle dapat meraih manfaat dari segi perkembangan rangkaian mereka dan berhubung dengan usahawan dan pemimpin perniagaan.

Cik Fadilah juga berkata bahawa mereka mendapatkan pandangan berharga tentang amalan terbaik industri, strategi dan peluang perniagaan.

“Saya menggalak perniagaan menjadi sebahagian daripada ekosistem DPPMS agar mereka dapat memanfaatkan peluang pasaran baru dan mengukuhkan perniagaan Melayu Islam,” ujar beliau.  

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg