Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Gaji CEO Broadcom naik kepada $217.5j pada 2023

Feb 27, 2024 | 05:15 PM



SAN FRANCISCO: Gaji tahunan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) firma pembuat cip Broadcom, Encik Tan Hock Eng, naik lebih seganda kepada AS$161.8 juta ($217.5 juta) pada 2023, menurut satu pemfailan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika (SEC) pada 26 Februari.


Pendapatan CEO kelahiran Malaysia itu adalah 510 kali lebih tinggi berbanding gaji median atau nilai tengah pekerja di firma cip tersebut.

Ia didorong oleh anugerah saham berasaskan prestasi sebanyak AS$160.5 juta untuk tempoh lima tahun, yang diberikan kepada beliau pada peringkat awal.

Dalam tempoh peletakan hak itu, syarikat itu, yang berpangkalan di Palo Alto, California, tidak akan memberikan beliau anugerah ekuiti tahunan tambahan.

Gaji Encik Tan pada 2022 ialah sebanyak AS$60.6 juta, dengan sekitar AS$53.9 juta dalam bentuk anugerah saham.

Ketua kumpulan semikonduktor Broadcom, Dr Charlie Kawwas, menerima anugerah saham serupa sebanyak AS$48.2 juta pada 2023.

Jumlah pendapatan beliau ialah AS$49.7 juta pada 2023, meningkat daripada hanya AS$2.3 juta pada tahun sebelumnya.

“Para pengarah bebas percaya Encik Tan terus menjadi penggerak utama di sebalik transformasi Broadcom daripada sebuah syarikat semikonduktor kepada syarikat teknologi prasarana terkemuka,” menurut pemfailan itu.

Encik Tan menggunakan langkah pemerolehan untuk mempelbagai perniagaan Broadcom, termasuk pembelian firma pengkomputeran awan VMware bernilai AS$69 bilion pada 2023, selepas menerima kelulusan pihak kawal selia dalam pasaran utamanya di China, mengakhiri satu saga selama berbulan-bulan.

Beliau sebelum ini memperoleh CA Technologies dan perniagaan keselamatan korporat Symantec, yang meningkatkan sofwe dan perkhidmatan Broadcom.

Broadcom mencatat pendapatan sebanyak AS$35.82 bilion pada 2023.

Nilai sahamnya meningkat sekitar 17 peratus sejauh ini pada 2024 selepas naik hampir seganda tahun lalu.

Encik Tan, 71 tahun, yang berasal dari Pulau Pinang, menjadi CEO Broadcom sejak 2006. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >