Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Gim Fenix Fitness tutup mendadak, hutang $5j kepada 400 pelanggan

Aug 16, 2023 | 03:16 PM



Gym Alliance, yang mengendalikan gim latihan peribadi, Fenix Fitness, kini dalam proses pembubaran sementara selepas menutup cawangannya di Raffles Place secara tiba-tiba.

Encik Gary Loh, Encik Leow Quek Shiong dan Encik Seah Roh Lin dari BDO Advisory telah dilantik sebagai penyelesai sementara syarikat itu. Mesyuarat pemiutang akan diadakan pada atau sebelum 13 September.  

Gym Alliance berhutang kepada 400 pemiutang, yang segolongan besar merupakan anggota gim, dengan hutang dianggarkan berjumlah $5 juta berdasarkan akaun terkini, kata Encik Loh kepada The Business Times (BT).


Jumlah itu termasuk pakej dan keahlian yang belum digunakan, bayaran hutang kepada vendor serta pinjaman wang oleh pemilik Gym Alliance, kata Encik Loh.

Anggota Fenix Fitness diberitahu melalui e-mel pada lewat petang Isnin, bahawa syarikat itu akan menghentikan operasinya yang “berkuat kuasa serta merta”. 

Semua sesi latihan yang sudah ditempah telah dibatalkan, menurut e-mel yang dilihat oleh BT.


Sebelum anggota gim diberitahu, satu mesyuarat telah diadakan dengan jurulatih gim pada petang yang sama untuk memberitahu mereka tentang penutupan gim itu, kata Encik Loh.

Notis mengenai pembubaran sementara dan senarai soalan yang sering ditanya dipaparkan di laman web, Fenix Fitness.

“Dengan rasa dukacita, kami berkongsi berita bahawa mulai 14 Ogos 2023, Fenix Fitness akan menghentikan operasi dagangan dan dibubarkan berdasarkan keputusan syarikat,” kata notis itu.

“Perjalanan kami yang bermula sebagai impian untuk mentakrifkan semula landskap senaman Singapura dan membuat perubahan kepada kehidupan orang ramai telah berakhir tanpa dijangka.”

Berdasarkan pemfailan daripada Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA), Gym Alliance ditubuhkan pada Februari 2021.

Cik Annabelle Yeoh Chee Hoong, Encik Imanishi Thomas Juon, Encik Rohit Raj Giri dan Encik Michael Harry Langton disenaraikan sebagai pemegang saham masa kini syarikat itu.

Menurut keputusan kewangan terbaru yang diperoleh BT, Gym Alliance mencatatkan kerugian bersih sebanyak $732,581 untuk tahun sepenuhnya yang berakhir pada 31 Disember 2021. Ia mencatatkan pendapatan berjumlah $51,075.


Syarikat itu mempunyai jumlah aset bernilai $1.9 juta and jumlah liabiliti sebanyak $2.1 juta pada 31 Disember 2021, serta menjana aliran wang tunai negatif sebanyak $997,155 daripada kegiatan operasi.

Seorang anggota gim yang enggan dikenali memberitahu BT bahawa beliau telah membayar $5,000 pada Julai 2023 untuk satu pakej yang merangkumi 36 sesi latihan peribadi. Beliau masih mempunyai baki sebanyak 25 sesi pada saat penutupan gim itu.


Penutupan Fenix Fitness terjadi selepas dua gim lain tutup pada Mei: Gim UFC, francais Ultimate Fighting Championship yang berpangkalan di Amerika Syarikat, dan studio senaman tempatan, Haus Athletics.

Bagi kededua kes tersebut, pelanggan dengan pakej keahlian prabayar terkandas dan tidak boleh mendapat bayaran balik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >