Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga flat jualan semula HDB naik 0.6 peratus pada Dis

Jan 08, 2024 | 06:02 PM



Harga flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) meningkat sebanyak 0.6 peratus pada Disember, naik sedikit daripada 0.4 peratus pada November.

Harga flat tersebut naik 5.8 peratus tahun ke tahun, lebih perlahan daripada kenaikan 8.8 peratus pada 2022, berdasarkan data kilat portal hartanah 99.co dan SRX pada 8 Januari.

Sebanyak 470 flat juga dijual pada harga sekurang-kurangnya $1 juta setiap satu pada 2023, dengan 48 daripadanya bertukar tangan pada Disember, menurut The Straits Times (ST).


Bagaimanapun, penganalisis hartanah berkata kadar kenaikan harga lebih perlahan pada 2023 menggambarkan harga terkini yang lebih mantap.

Naib presiden kanan bagi penyelidikan dan analitik di firma hartanah OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata Disember adalah bulan kelapan berturut-turut yang menyaksikan harga jualan semula bulanan bagi flat HDB sama ada naik atau turun kurang daripada 1 peratus.

September lalu, harganya merosot 0.6 peratus.

Pegawai eksekutif utama ERA Singapore, Encik Eugene Lim, menjelaskan bahawa kadar faedah tinggi dan jumlah pemberhentian pekerja yang kian meningkat di tengah-tengah prospek ekonomi lebih suram kini, menyebabkan sebilangan pemilik rumah menangguhkan rancangan membeli rumah lebih besar dan selesa.

“Pemilik flat HDB pertengahan umur paling terjejas kerana mereka hanya layak mendapatkan pinjaman rumah dengan tempoh lebih pendek disebabkan umur mereka.

“Oleh itu, sebilangan mereka menimbangkan semula rancangan memiliki rumah lebih besar,” tambahnya.

Bilangan flat jualan semula HDB yang dijual pada Disember berkurangan sebanyak 6.2 peratus kepada sekitar 2,006 unit, berbanding 2,138 unit yang dijual pada November, menurut data itu.

Berbanding Disember 2022, transaksi jual-beli flat jualan semula itu turun sebanyak 10.5 peratus.

Ketua eksekutif firma hartanah Huttons Asia, Encik Mark Yip, berkata pelancaran projek Bina Ikut Tempahan (BTO) pada Disember 2023, yang menawarkan lebih 6,000 flat, mungkin mengalihkan permintaan daripada pasaran jualan semula.

Khususnya, projek BTO Sin Ming Residences di Bishan, mempunyai waktu menunggu paling singkat, iaitu sekitar dua tahun lapan bulan.

Ia menarik hampir 2,500 pemohon untuk 732 unit flat yang disediakan, katanya.

Harga jualan semula naik bagi semua jenis flat di estet matang dan bukan matang, dengan harga flat empat bilik naik paling tinggi, iaitu sebanyak 1 peratus.

Sebanyak 470 flat jualan semula HDB dijual pada harga sekurang-kurangnya $1 juta setiap satu pada 2023, iaitu kira-kira 27 peratus lebih tinggi daripada 369 flat yang dijual pada 2022, kata penganalisis.

Bilangan flat sedemikian menyumbang 1.8 peratus daripada jumlah transaksi flat jualan semula HDB pada 2023, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Propnex, Encik Ismail Gafoor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >