Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Keuntungan suku kedua Great Eastern naik 251% kepada $193.2j

Aug 03, 2023 | 03:09 PM



Keuntungan bersih syarikat Great Eastern buat suku berakhir pada Jun meningkat 251 peratus kepada $193.2 juta daripada $55 juta dalam tempoh sama pada 2022 hasil daripada perubahan dalam piawaian perakaunan.

Jumlah jualan baru berwajaran bagi suku kedua 2023 turun 39 peratus kepada $335 juta daripada $548.2 juta setahun lalu berikutan jualan premium tunggal lebih rendah di pasaran Singapura, umum cabang insurans OCBC Bank pada Khamis.

Begitu juga, nilai terbenam perniagaan baru (NBEV), satu ukuran keuntungan jangka panjang jualan baru, menyaksikan kemerosotan 9 peratus dalam tempoh itu kepada $181.5 juta, daripada $200.1 juta, lapor The Business Times.


Namun, Great Eastern menyatakan margin NBEV itu telah menjadi bertambah baik dalam suku kedua dan separuh pertama 2023 akibat campuran produk yang lebih menggalakkan berkaitan pelan perlindungan di Singapura dan Malaysia.

Bilangan pelanggan barunya meningkat melebihi 150,000 pada separuh pertama 2023, umum syarikat insurans itu.

Keputusan suku terbaru itu mendorong keuntungan separuh pertama tahun ini naik hampir berganda kepada $437.2 juta, didorong prestasi pelaburan lebih kukuh dalam perniagaan Singapore Life dan dana pemegang saham, tambah syarikat itu.

Namun, keuntungan separuh pertama itu diimbangi dengan tuntutan insurans lebih tinggi daripada jangkaan di Singapura dan Malaysia.

Bagi separuh pertama tahun ini, keuntungan daripada perniagaan insurans meningkat 18 peratus kepada $371.5 juta daripada $314 juta setahun lalu.

Keuntungan dana pemegang saham kembali pulih kepada $73.7 juta, berbanding kerugian $89.8 juta setahun lalu.

Dividen interim sebanyak $0.35 sesaham akan dibayar pada 31 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >