Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Peruncit China tawar diskaun sehingga $285 bagi iPhone 15

Oct 24, 2023 | 03:09 PM



Wadah e-dagang China termasuk JD.com, Pinduoduo dan Taobao sedang menawarkan diskaun besar bagi telefon bijak Apple terbaru, iPhone 15, dengan harga tawaran sehingga 1,501 yuan ($285) di bawah harga runcit.

Penganalisis berkata iPhone 15 tidak selaris di China seperti telefon bijak iPhone yang lalu.

Syarikat penyelidik, Counterpoint Research, menyatakan pada minggu lalu bahawa jualan iPhone 15 di China menurun 4.5 peratus berbanding iPhone 14, dalam tempoh 17 hari selepas ia dilancarkan di pasaran.

Di China, Apple kadangkala membenarkan vendor rakan kongsi untuk menawarkan diskaun bagi merangsang permintaan.

Tetapi wadah e-dagang China juga sedang bersaing dalam menawarkan “nilai untuk wang” sedang pengguna berjimat cermat dalam ekonomi lebih perlahan, dengan tawaran diskaun sebagai tumpuan utama dalam pesta membeli-belah tahunan Singles Day yang akan datang.

JD.com menjual iPhone 15 512 GB pada harga 7,498 yuan, 1,501 yuan lebih rendah daripada harga rasmi Apple sebanyak 8,999 yuan. Apabila ditanya tentang diskaun tersebut, syarikat itu berkata ia sejajar dengan strategi yang ia lancarkan pada 2023 untuk menawarkan harga lebih rendah.

Syarikat Pinduoduo pula menawarkan versi 128 GB bagi iPhone 15 Plus pada harga 6,098 yuan, 900 yuan lebih rendah berbanding harga runcit Apple sebanyak 6,999 yuan, menurut pemeriksaan yang dibuat Reuters.


iPhone 15 Pro Max 512 GB, yang berharga 11,999 yuan di kedai Apple, boleh dibeli pada harga 10,698 yuan melalui wadah e-dagang Alibaba, Taobao.

Apple, Pinduoduo dan Alibaba tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk memberi komen.


Diskaun iPhone 15 di wadah e-dagang kali pertama dilaporkan oleh akhbar mingguan Economic Observer pada Isnin. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >