Daripada pasangan hidup kepada rakan kongsi perniagaan – begitulah perjalanan yang dirancang Encik Nur Firdaus Mohamed Amran dan Cik Delilah Mackenzie Lim, bagi mencapai cita-cita bersama sebagai usahawan tudung.

Dengan melaburkan bukan sahaja wang tetapi kasih, kepercayaan dan usaha tanpa henti, maka terhasillah jenama tudung tempatan Shopdahlila dengan laman web, shopdahlila.com.