Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat batal rancangan lancar khidmat tukar bateri motosikal elektrik

Apr 15, 2024 | 04:01 PM



Rancangan Singapura mengurangkan pelepasan karbon melalui penggunaan tenaga elektrik terjejas apabila salah satu daripada dua syarikat yang mencuba teknologi penukaran bateri untuk motosikal elektrik, kini membatalkan rancangan perniagaan itu.

Disebabkan kos tinggi dan kesukaran mewujudkan perniagaan yang menguntungkan, Mo Batteries memutuskan tidak akan melancarkan khidmat penukaran bateri untuk motosikal elektrik pada 2024 seperti yang dirancang.

The Straits Times (ST) difahamkan bahawa keputusan itu dibuat selepas syarikat itu menjalankan percubaan selama setahun di bawah skim Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).


Pada Julai 2023, lima bulan selepas ia memulakan percubaan itu, Mo Batteries memaklumkan bahawa ia menjangka memulakan perniagaan tersebut menjelang separuh pertama 2024, selepas tamat percubaan.

Syarikat itu, yang berpangkalan di Singapura, adalah yang pertama daripada dua syarikat yang menguji khidmat penukaran bateri untuk motosikal elektrik, bermula pada Februari 2023.

Syarikat Gogoro dari Taiwan memulakan percubaannya pada Mac 2023.

Kebenaran khas bagi perniagaan itu diberikan selepas piawaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) nasional dikemas kini pada 2022 untuk menyertakan khidmat penukaran bateri untuk motosikal.

Ini membolehkan syarikat mengendali khidmat sedemikian secara komersial apabila ia memenuhi semua keperluan.

Gogoro telah melanjutkan percubaannya selama enam bulan hingga September, menurut LTA.

Apabila percubaan oleh Mo Batteries berakhir pada Februari, kumpulan enam motosikal elektrik syarikat itu telah melakukan perjalanan sejauh 12,000 kilometer (km) dan membuat 400 penukaran bateri.

Motosikal tersebut berupaya melakukan jarak perjalanan antara 90km dengan 120km sebelum bateri yang sudah diguna perlu ditukar.

Syarikat itu telah mendapatkan beberapa pengguna kenderaan syarikat tertentu untuk mengguna motosikal elektrik tersebut selama dua hingga tiga bulan untuk mendapatkan maklum balas mereka, di samping menguji sama ada huraian penukaran bateri dapat memenuhi keperluan khusus mereka.

Ujian pertamanya bermula pada Februari 2023 dengan kerjasama syarikat penghantaran surat dan bungkusan, SingPost, yang mengguna dua motosikal elektrik untuk membuat penghantaran selama tiga bulan.

Pihak lain dalam projek percubaan itu termasuk penyedia khidmat keselamatan Certis dan Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC).

Semasa percubaan, bateri dicas secara berpusat di pejabat Mo Batteries dan dihantar ke lokasi syarikat yang mengambil bahagian.

Pengasas bersama Mo Batteries, Encik Tom Streitberg, berkata dalam satu temu bual pada Mac 2024, bahawa rejim pelesenan untuk mengesahkan pengecas, bateri dan motosikal elektrik dengan teknologi penukaran bateri adalah “teguh dan memberi tahap keselamatan tinggi”.

Sepanjang percubaan itu, Mo Batteries belajar mengenai bagaimana kenderaan dan kerja menukar bateri berfungsi dalam keadaan sebenar, serta keperluan praktikal bagi ketiga-tiga syarikat itu, iaitu, SingPost, Certis dan SDC.

Bagaimanapun, syarikat itu tidak bersedia mengambil langkah seterusnya dalam perniagaan itu kerana mematuhi keperluan yang ditetapkan memerlukan banyak masa dan pelaburan besar.

Gogoro bekerjasama dengan Jardine Cycle & Carriage untuk menyediakan 20 motosikal elektrik bagi penunggang khidmat penghantaran makanan foodpanda.

Stesen penukaran bateri yang digunakan Gogoro, yang kelihatan seperti mesin layan diri, mengecas bateri yang sudah diguna apabila penunggang memulangkannya.

Oleh itu, bateri yang sudah diguna tidak perlu dibawa ke lokasi pusat untuk dicas semula, seperti yang dilakukan dalam percubaan Mo Bateri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >