Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Untung bersih suku ketiga StarHub junam 35.3% ke $26.2j

Nov 14, 2025 | 3:13 PM
Pendapatan merosot, StarHub, ekonomi
Pendapatan StarHub merosot akibat keuntungan kasar yang lebih rendah menyusuli kemerosotan hasil pendapatan dalam beberapa segmen. - Foto ST

Syarikat telekomunikasi StarHub mencatat keuntungan bersih $26.2 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September.

Ia penurunan 35.3 peratus daripada $40.4 juta yang dicatat pada tempoh sama pada 2024.

Syarikat itu berkata pada 14 November bahawa kemerosotan itu disebabkan keuntungan kasar lebih rendah dalam segmen yang mencatat kemerosotan hasil pendapatan, lapor The Straits Times (ST).

Hasil pendapatan susut 4.3 peratus kepada $550.3 juta, berbanding $575.2 juta dalam tempoh sama pada 2024.

Hasil daripada perkhidmatan mudah alih turun 10.1 peratus kepada $128.9 juta.

Purata pendapatan daripada setiap pengguna (ARPU) untuk perkhidmatan mudah alih pascabayar dan prabayar susut kepada $22 daripada $23, berikutan penurunan perantauan (roaming), panggilan terus antarabangsa (IDD), perkhidmatan nilai tambah dan penggunaan data lebihan.

Namun, angka itu meningkat daripada $20 pada suku sebelumnya.

Hasil pendapatan daripada perkhidmatan jalur lebar jatuh 4.4 peratus kepada $60.4 juta berbanding $63.2 sebelumnya, dengan ARPU segmen ini turun kepada $34 pada suku ketiga 2025 daripada $35 pada suku ketiga 2024.

Hasil perkhidmatan hiburan susut 4.3 peratus kepada $49.9 juta, daripada $52.1 juta dalam suku ketiga 2024.

Hasil pendapatan perniagaan pula merosot 7.8 peratus kepada $145.7 juta.

Harga saham StarHub turun 0.9 peratus kepada $1.16 pada 13 November, sebelum keputusan pendapatan itu diumumkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg