Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

9 peserta peraduan ‘The Hardest Singing Show’ dicabar tiru gaya artis lain

Apr 24, 2024 | 04:17 PM



Seramai sembilan penyanyi hebat bakal mempertaruhkan kemantapan vokal serta daya persembahan mereka di atas pentas bagi merebut gelaran juara program realiti terbaru, The Hardest Singing Show.


Mereka adalah Datin Alyah, Kaka Azraff, Epul Roza, Zizi Kirana, Putera Muhammad, Aisha Retno, Ayda Jebat, kumpulan De Fam dan Stacy.

Senarai peserta itu diumumkan pada sidang media program berkenaan pada 23 April.

Program itu akan bersiaran dari Pusat Konvensyen CIDB Cheras setiap Ahad selama 10 minggu mulai 9 malam, 12 Mei, di saluran Astro Ria.

Formatnya memberi tumpuan pada kreativiti peserta sebagai unsur utama dalam pemarkahan.

Peserta juga perlu memberi persembahan menakjubkan yang dipanggil ‘Wow Moment’ dalam persembahan masing-masing, bergantung pada idea dan daya kreativiti peserta, lapor laman web, mStar.


Ketua Saluran Astro Ria, Cik Norzeha Mohd Salleh, berkata pembaharuan konsep persembahan yang mereka bawa dapat memberi keunikan kepada penonton.

“Pembaharuan format ini diperkenalkan untuk memberi keunikan kepada rancangan nyanyian kami yang sering mendapat sokongan padu daripada penonton dan peminat.

“Kami yakin The Hardest Singing Show bakal memberi pengalaman baru kepada semua termasuk barisan peserta ternama yang akan bersaing dalam rancangan ini,” jelas Cik Norzeha.


Pengacara program itu adalah Nabil Ahmad dan pelawak Indonesia, Rina Nose.

Persembahan setiap peserta pula diadili 100 peratus oleh panel juri yang terdiri daripada komposer dan penyanyi Edry Abdul Halim; penyanyi Indonesia, Datuk Rossa; dan pelawak, pelakon dan pengacara, Zizan Razak.

Juara The Hardest Singing Show akan membawa pulang RM150,000 ($42,724) dan trofi sumbangan Astro.


Pada sidang media itu, Kaka, 34 tahun, perlu meniru gaya Ning Baizura bagi lagu, Selagi Ada Cinta.


Stacy, 33 tahun, pula mendapat tepukan gemuruh apabila meniru gaya Lady Gaga dalam lagu, Always Remember Us This Way.


Tiru gaya yang agak tepat adalah daripada Ayda Jebat yang menyajikan persembahan lagu, Sinaran (dendangan asal Datuk Sheila Majid) persis Elizabeth Tan.


Dalam pada itu, penyanyi Naim Daniel, dilaporkan telah menarik diri daripada peraduan itu tetapi masih diberi masa oleh Astro untuk mempertimbangkan semula hasrat di hatinya.

Menurut Astro, Naim, menerusi pihak pengurusannya, World Peace Entertainment, telah mengutus e-mel kepada Astro pada 22 April mengenai pengunduran Naim.

Cik Norzeha menjelaskan Naim kelihatan komited pada awalnya bagi menyertai program ini lantas Astro terkejut dengan keputusan yang dimaklumkan pihak pengurusannya.

“Jika Naim masih tetap dengan keputusannya, kami mungkin tidak akan menggantikan tempatnya dengan mana-mana penyanyi lain dan kekal sahaja dengan sembilan penyanyi,” ujarnya.

Lebih 50 penyanyi telah ditawarkan untuk menyertai peraduan itu dengan 10 orang pada awalnya disenarai pendekkan.

Astro Gempak pula berkata Naim, dalam satu wawancara, menjelaskan pihak pengurusannya yang membuat keputusan itu.

Beliau sebenarnya bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan ingin ramai mendoakan yang baik-baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >