Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ahmad Nawab, DJ Dave dan Fauziah Nawi terima anugerah sempena Hari Keputeraan Agong

Jun 06, 2023 | 05:02 PM



KUALA LUMPUR : Sejak berjinak-jinak dengan muzik, Tan Sri Ahmad Nawab, 91 tahun, berpegang pada pendirian tidak mengharapkan apa-apa balasan atas karya dihasilkan.

Ahmad Nawab yang mencipta legasi dalam dunia muzik tempatan menyatakan perkara itu kepada arwah bapanya.

“Sejak kecil lagi, ketika belajar muzik dengan ayah, saya cakap kepadanya, bukan anugerah yang diimpikan, sebaliknya, mahu berjasa kepada negara,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM) Online.

Ahmad Nawab dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) membawa gelaran Tan Sri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Ahmad Nawab yang melahirkan nama besar dunia seni suara seperti Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Jamal Abdillah, Uji Rashid dan Ramlah Ram, bersyukur jasanya selama ini dikenang dan mendapat pengiktirafan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya bersyukur atas kurniaan darjah kebesaran ini walaupun daripada dahulu lagi, saya memang tidak pernah mengharapkan pengiktirafan.







“Saya anggap ini adalah anugerah daripada Tuhan. Saya juga berterima kasih kepada rakan industri, peminat dan sesiapa sahaja yang terus menyokong hasil kerja saya selama ini,” katanya kepada BH Online.

Ahmad Nawab atau nama sebenar, Ahmad Khan Nawab Khan dikurniakan darjah kebesaran PSM yang membawa gelaran Tan Sri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ahmad Nawab dalam kalangan 839 tokoh dan individu yang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan 2023 daripada Yang di-Pertuan Agong.

Ditanya perasaannya ketika dimaklumkan mengenai pengurniaan gelaran Tan Sri, Ahmad Nawab yang mencipta lebih 2,000 lagu sejak era 1950-an, mengaku tidak menyangka dirinya terpilih.

“Ini bukanlah anugerah yang kecil, tetapi sangat besar. Apatah lagi memberi gelaran Tan Sri kepada saya sebaris dengan seniman tersohor lain seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham Tan Sri SM Salim.

“Bagi saya, ini adalah hadiah paling bermakna buat diri saya walaupun tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan dari dahulu.

“Bagaimanapun, saya bersyukur dengan gelaran yang dikurniakan ini.

“Walaupun sudah bergelar Tan Sri, tetapi saya tetap merasakan diri ini masih sama. Tidak perlu sombong dengan gelaran yang ada,” katanya.

Memulakan karier muzik sejak berusia 16 tahun, Ahmad Nawab atau nama sebenar, Ahmad Khan Nawab Khan, dianugerahkan gelaran Seniman Negara Ke-7 oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada 2006, iaitu penganugerahan tertinggi negara kepada seniman terutama dalam bidang muzik.

Sepanjang kariernya, Ahmad Nawab menghasilkan lebih 200 album yang didendangkan artis tempatan dan Indonesia seperti Hetty Koes Endang dan Broery Marantika.

Ahmad Nawab yang pernah berkhidmat dengan Orkestra RTM selama 17 tahun, memenangi pelbagai anugerah seperti Anugerah Merak Kayangan (Lagu Terbaik) bagi lagu ciptaan pertamanya Bintang Malam pada 1980.

Atas kepakaran dan pencapaiannya, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengurniakan anugerah Doktor Falsafah dalam bidang penulisan kehormat pada 2000.







Selain Ahmad Nawab, penyanyi popular era 1970-an, Datuk DJ Dave atau Irwan Shah Abdullah menjadi antara 28 penerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

DJ Dave tersenarai bagi kategori sukarelawan untuk jasanya sebagai Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air.

DJ Dave mula mengorak langkah dalam industri muzik tanah air selepas diundang stesen penyiaran, RTM untuk menyanyikan lagu irama Hindustan berjudul Maafkanlah pada 1971.


“Saya anggap ini adalah anugerah daripada Tuhan. Saya juga berterima kasih kepada rakan industri, peminat dan sesiapa sahaja yang terus menyokong hasil kerja saya selama ini,” katanya kepada BH Online.







Lebih 50 tahun membawa gelaran sebagai penghibur tanah air, DJ Dave bukan sahaja bergerak sebagai penyanyi , malah turut bergiat aktif dalam lakonan termasuk aktiviti kebajikan bagi membantu artis yang memerlukan.

Anak seni lain yang turut dikurniakan darjah kebesaran adalah seniwati Fauziah Nawi, 70 tahun, yang menerima Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) bagi kategori penggiat seni sebagai pengiktirafan terhadap jasa sepanjang berkecimpung dalam dunia kreatif.







Fauziah memulakan kerjaya seni pada 1974 sebagai penyampai radio dan penyanyi sebelum bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Fauziah sudah membintangi banyak drama dan filem sejak 1981 selain turut menjadi jurulatih lakonan buat pelakon baharu.

Antara filem lakonannya adalah Sayang Salmah, Berlari Ke Langit dan Qabil Khushry Qabil Igam.


Selain itu, Fauziah juga adalah menerima Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman, Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) pada 2021 dan Anugerah Tokoh Seri Angkasa, Anugerah Seri Angkasa 2022. - BERITA HARIAN MALAYSIA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >