Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Anggota Super Junior dendang lagu Misha Omar

Apr 15, 2024 | 02:42 PM



Penyanyi Korea Selatan, Kyuhyun, 36 tahun, mendapat pujian warganet selepas videonya menyanyikan lagu, Bunga-Bunga Cinta, nyanyian asal Misha Omar pada Konsert 2024 (KYUHYUN) Asia Tour Restart di Kuala Lumpur, pada 13 April, tular.


Bahkan, Misha sendiri terharu Kyuhyun atau nama sebenarnya Cho Kyu-hyun memilih menyanyikan lagunya itu selain memberikan persembahan cukup mantap ketika mendendangkannya.

“Okey pengsan. Tersenyum-senyum kita, wak. Tertawan hati,” demikian komen Misha berkongsi video nyanyian anggota Super Junior itu.

Dalam pada itu, Misha menerusi Astro Gempak pula berkata:


“Saya tersengih-sengih, macam jatuh cinta. Kyuhyun membuat lagu ini terdengar lebih romantik.”

Menjadi antara penyanyi lelaki dari Korea Selatan yang cukup hebat vokalnya, warganet mengakui Kyuhyun memang memberikan keadilan terhadap lagu itu termasuk sebutan bahasa Malaysia dengan jelas.

Bunga-Bunga Cinta kedengaran jadi lebih indah. Kyuhyun perlu banyakkan menyanyi semula lagu-lagu Misha Omar. Sedapnya sebutan dia. Dia beri keadilan terhadap lagu Misha Omar.


“Siapa cadangkan lagu legenda ini? Bagi dua ibu jari kepada orang yang cadangkan lagu ini kepada Kyuhyun,” antara komen warganet.

Menerusi rakaman di platform TikTok, penyanyi kumpulan itu mendendangkan bait-bait lirik lagu ikonik penyanyi tersebut dalam versi tersendiri.

Berbaju kemeja-T putih dan berseluar hitam, Kyuhyun mencuri perhatian peminat-peminat di Malaysia dengan persembahan tersebut.

Beliau turut mendapat tepukan gemuruh oleh peminat yang teruja selepas pemuda dari Korea Selatan itu melakukan simbol ‘mini love’ di atas pentas.

Lagu Bunga-Bunga Cinta pertama kali diterbitkan pada 2002.


Ia merupakan ciptaan Allahyarham Adnan Abu Hassan dan pernah meraih juara pada Anugerah Juara Lagu ke-18 pada 2003.


Kyuhyun bertandang ke Malaysia untuk menjayakan konsert solo sulungnya di Mega Star Arena.

Konsert terbabit adalah anjuran WebTVAsia bersempena jelajah Asia di Kuala Lumpur.

Sebanyak 21 lagu pelbagai rentak dipersembahkannya dengan vokal cukup memukau. Ia termasuk Restart, Dreaming, Sorry Sorry, Together, Daystar, Rainbow dan lain-lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >