Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Awas! 3 peraturan baru buat pelancong Bali

Jun 25, 2023 | 05:30 AM



Pengembara terus jatuh cinta dengan Bali dan ramai perantau digital pula memilih destinasi indah ini sebagai pangkalan untuk mereka menikmati udara nyaman.

Kini wilayah Indonesia itu, yang mengenakan peraturan kemasukan yang ketat untuk pelancong semasa wabak Covid-19 menjadikan pulau impian lebih didambakan ramai. Sejak syarat kemasukan telah dilonggarkan tahun lalu, pelancong dari seluruh dunia bergegas ke pulau ‘syurga’ ini.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Bali tidak berpuas hati sepenuhnya dengan ledakan pelancongan ini dan telah melaksanakan peraturan baru dan perubahan besar yang menjejas pelancong antarabangsa dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Salah satu sebab langkah ketat diperkenal ialah kerana sesetengah pengembara tidak berkelakuan baik dan telah dilaporkan kejadian seperti pelancong liar berbogel di sebelah monumen suci dan pengunjung menaiki skuter tanpa lesen.

Selain itu, laman TikToks Viral juga telah menjejas reputasi Bali dan memaparkan pantai yang tercemar, jalan kotor dan prasarana yang lemah. Justeru, pihak berkuasa Bali bekerja keras untuk mengubah reputasi ini.


Gabenor Bali, Wayan Koster, secara rasmi mengumumkan peraturan baru yang akan menjejas pelancong pada hari-hari yang akan datang, termasuk senarai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pelancong.

Ini adalah tiga perubahan utama yang diumumkan.

1) Pengembara Mesti Miliki Lesen Rasmi Untuk Menunggang Skuter

Menunggang skuter adalah salah satu pengalaman paling popular di Bali dan hampir semua orang boleh melakukannya.

Menunggang skuter dengan bebas hanya dengan memakai pakaian renang dan tanpa lesen menunggang adalah antara video paling popular yang dikongsi oleh perantau digital ( pekerja dalam talian yang sentiasa melancong ke lokasi yang berbeza).

Walaupun satu kesalahan untuk menyewa skuter tanpa lesen menunggang, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa pelawat boleh menyewa skuter tanpa permit rasmi kerana peraturan agak fleksibel dan penyewaan motosikal tidak diwajibkan untuk mengesahkan sama ada pelancong mempunyai lesen.

2) Tiada Siapa Boleh Menjejakkan Kaki Di Gunung Dan Gunung Berapi

Gabenor Koster telah membuat keputusan yang lebih radikal terhadap aktiviti pelancongan di kawasan pergunungan dan gunung berapi di Bali yang juga akan menjejas penduduk tempatan.

Seperti yang dilaporkan oleh The Bali Sun, orang ramai kini dilarang melawat 22 gunung di Bali “melainkan jika terdapat upacara keagamaan atau pengurusan bencana dan aktiviti khas yang bukan untuk aktiviti pelancongan.”


Langkah ini telah digunakan selepas pelawat asing tidak menghormati gunung suci dan alam semula jadi.

Pengalaman seperti mendaki Gunung Batur kini dilarang, menjejas pencinta alam semula jadi dan penduduk tempatan yang bergantung pendapatan kepada pengalaman pelancongan sebegini.

3) Pelawat Hanya Boleh Menginap Di Hotel Dan Vila Berdaftar

Pengembara mesti berhati-hati semasa menempah penginapan mereka di Bali. Pegawai di Bali mengumumkan kemungkinan timbul masalah bagi mereka yang menginap di penginapan yang tidak membayar cukai termasuk Airbnb (perkhidmatan dalam talian  yang membenarkan pemilik hartanah menyewakan tempat mereka untuk pengembara menginap) dan rumah tamu kerana mungkin serbuan dilakukan untuk tujuan menyiasat.

Pelancong yang menginap di hotel rasmi dan penginapan berdaftar lain seharusnya tidak menghadapi sebarang masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh menjejaskan perantau digital atau penyewa vila yang telah mengaturkan penginapan tidak rasmi bersama rakan, keluarga atau penduduk tempatan.

Pelawat harus memastikan bahawa tempat penginapan itu mempunyai kelayakan perniagaan dan semak semula dengan pemilik bahawa mereka mempunyai permit yang betul untuk mengelakkan sebarang risiko.

Justeru, pelancong mesti menghormati kesucian dan simbol keagamaan, serta budaya Bali dan penduduknya, dan berpakaian sewajarnya apabila melawat ruang suci, di ruang awam, dan tarikan pelancong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >