Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bali perketat kawalan imigresen

Aug 7, 2024 | 12:35 PM
Pelancong bersiar-siar di kawasan beli-belah Seminyak, Bali, pada 26 Julai 2024.
Pelancong bersiar-siar di kawasan beli-belah Seminyak, Bali, pada 26 Julai 2024. - Foto EPA-EFE

JAKARTA: Penguasa imigresen di pulau Bali, Indonesia, mengumumkan pada 2 Ogos bahawa mereka telah mempertingkat pengawasan warga asing, terutamanya pelancong, sebagai langkah proaktif sebagai tindak balas kepada lonjakan dalam ketibaan pelancong.

Data imigresen rasmi wilayah itu menunjukkan bahawa dari Januari hingga Julai 2024, seramai 3.89 juta pelancong asing telah berkunjung ke Bali.

Bilangan itu meningkat daripada 2.9 juta kunjungan yang dilaporkan sewaktu tempoh sama pada 2023.

Pengunjung asing yang melawat Bali pada 2024 kebanyakannya merupakan warga Australia (877,329 orang), India (328,767), dan China (278,329).

“Kita perlu mengekalkan keselamatan, ketenteraman dan keselesaan buat semua orang, termasuk pelancong. Disebabkan itulah pemantauan ketat adalah penting,” kata ketua pejabat wilayah Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Pramella Yunidar Pasaribu, menerusi satu panggilan telefon.

Langkah pengawasan itu melibatkan pemeriksaan yang lebih teliti terhadap dokumen perjalanan, termasuk pasport, visa, dan permit kediaman.

Pihak berkuasa juga telah memperketat sistem maklumat imigresen bersepadu bagi memantau gerakan warga asing.

Pejabat imigresen juga telah memasang 30 unit kemudahan automasi imigresen atau pintu automatik (autogate) di terminal ketibaan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai.

Dalam pada itu, pusat pemeriksaan imigresen telah menyepadukan teknologi pengecaman muka dengan ketara bagi kawalan pengurusan dan pengecaman muka yang dipertingkat. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg