Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Old Chang Kee adakan jualan murah makanan beku sempena Ramadan

Mar 27, 2024 | 09:56 AM



Buat julung-julung kalinya, syarikat rangkaian makanan, Old Chang Kee, memperkenalkan jualan murah makanan beku sempena Ramadan.

Jualan murah itu diadakan dari 18 Mac hingga 9 April di tempat meletak kereta ibu pejabat mereka di No 2 Woodlands Terrace.

Ia dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 5 petang, bagi memudahkan pelanggan Islam membuat persiapan berbuka puasa atau persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Di reruai Old Chang Kee itu, pelanggan boleh membeli makanan beku utama mereka dan beberapa makanan beku eksklusif yang hanya dijual di bazar tersebut.

Sebagaimana anda membeli makanan Old Chang Kee seperti nuget ketam, nuget udang, popia Spring’O, epok-epok kari atau sardin mini di reruainya, anda juga boleh mendapatkan makanan yang sama dalam bentuk beku di bazar tersebut.

Manakala, ada juga makanan eksklusif yang hanya dijual di bazar itu dan tidak boleh didapati di kedai atau di dalam talian seperti anak sotong, gulungan tauhu makanan laut atau ‘mantou’ (ban kukus) mini.

Dengan makanan beku dari Old Chang Kee, anda boleh menyiapnya dengan mudah di rumah sebagai juadah berbuka puasa atau menghidangkannya kepada tetamu pada Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, Old Chang Kee juga memperkenalkan epok-epok ayam sate, Sedaplicious Chicken Satay’O Ramadan ini.

Epok-epok ayam, Sedaplicious Chicken Satay’O, yang kali pertama dilancarkan semasa sambutan ulang tahun Singapura yang ke-50 dahulu, kini kembali dengan versi yang lebih baik.

Pastri itu padat dengan daging ayam dan bawang dengan kuah sate kacang.

Dijual dengan harga $2.30 setiap satu, epok-epok Sdaplicious Chicken Satay’O boleh didapati di semua cawangan Old Chang Kee hingga 14 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >