Warga S’pura di Timur Tengah digesa berwaspada, pantau keadaan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga S’pura di Timur Tengah digesa berwaspada, pantau keadaan

Feb 28, 2026 | 6:42 PM

Warga S’pura di Timur Tengah digesa berwaspada, pantau keadaan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
timur tengah, berjaga-jaga, MFA
Kedutaan itu turut menasihatkan rakyat Singapura di sana supaya berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa susulan ketegangan yang meningkat. - Foto AFP

Kedutaan Singapura di Timur Tengah menasihatkan rakyat Singapura di sana supaya berwaspada dan mengikuti perkembangan serantau susulan ketegangan yang memuncak pada 28 Februari.

Dalam catatan Facebook pada hari yang sama, Kedutaan Singapura di Doha menyatakan rakyat Singapura di Qatar perlu mendapatkan maklumat terkini, memberi perhatian kepada perhubungan rasmi dan mematuhi nasihat kerajaan Qatar jika dikeluarkan.

Kedutaan Singapura di Abu Dhabi dan Konsulat-Jeneral di Dubai turut menasihatkan rakyat Singapura di Amiriah Arab Bersatu (UAE) supaya berwaspada, mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan dan memantau berita bagi perkembangan terkini.

Kedutaan-kedutaan itu memaklumkan mereka sedang memantau keadaan dengan teliti dan menasihatkan rakyat Singapura supaya mendaftar dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA) melalui https://eregister.mfa.gov.sg agar kekal dapat dihubungi. 

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi MFA di talian +65-6379-8800 atau +65-6379-8855.

Israel pada 28 Februari melancarkan serangan awal terhadap Iran, sekali gus mencetuskan pertembungan ketenteraan baru di Timur Tengah. 

Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata Amerika telah memulakan “operasi tempur besar-besaran” di Iran. 

Dua hari sebelumnya, beliau menggariskan kemungkinan serangan terhadap Iran dalam ucapan Amanat Negara di Kongres.

Pada 25 Februari, MFA menasihatkan rakyat Singapura supaya meninggalkan Iran selagi penerbangan masih tersedia, susulan ketegangan dan bantahan awam.

Beberapa negara lain termasuk Britain, China, India, Australia, Poland, Finland dan Sweden turut mengeluarkan nasihat serupa kepada rakyat atau pegawai kedutaan mereka.

The Straits Times telah menghubungi MFA untuk maklumat lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg