MFA nasihat warga S’pura di Iran keluar segera selagi penerbangan masih ada

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MFA nasihat warga S’pura di Iran keluar segera selagi penerbangan masih ada

Feb 25, 2026 | 7:54 PM

MFA nasihat warga S’pura di Iran keluar segera selagi penerbangan masih ada

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Teheran, Dataran Saadat Abad, Iran
Kereta dibakar semasa tunjuk perasaan di Dataran Saadat Abad di Teheran pada 9 Januari. - Foto AFP

Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihatkan warga Singapura supaya meninggalkan Iran selagi penerbangan masih tersedia, selepas ketegangan serantau yang memuncak dan bantahan awam baru-baru ini di negara itu.

MFA, yang pada Januari lalu, telah menasihatkan rakyat Singapura supaya menangguhkan perjalanan ke Iran berikutan perhimpunan bantahan awam yang mengorbankan lebih 3,000 nyawa, turut mengulangi nasihat tersebut dalam nasihat perjalanan bertarikh 25 Februari.

Pada 24 Februari, Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump secara ringkas membentangkan alasan bagi kemungkinan serangan terhadap Iran dalam Amanat Negara di Kongres, dengan menyatakan beliau tidak akan membenarkan penaja keganasan terbesar dunia memiliki senjata nuklear.

“Rakyat Singapura yang kini berada di Iran harus sentiasa berwaspada, memantau keadaan dengan teliti, dan beredar secepat yang boleh selagi penerbangan masih tersedia.

“Mereka juga harus mengelakkan sebarang bantahan serta kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai,” kata kementerian itu lagi.

MFA turut memaklumkan keupayaannya untuk memberikan bantuan konsular dalam keadaan kecemasan adalah terhad memandangkan Singapura tidak mempunyai perwakilan diplomatik di Iran.

Rakyat Singapura amat digalakkan mendaftar melalui pautan  https://eregister.mfa.gov.sg supaya pihak kementerian dapat menghubungi mereka sekiranya perlu.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular ketika berada di Iran boleh menghubungi Pejabat Bertugas MFA di talian +65-6379-8800 atau +65-6379-8855, atau melalui e-mel di mfa_duty_officer@mfa.gov.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg