Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bras Basah, Bugis bermandi cahaya karya seni

Kegiatan interaktif, pemetaan unjuran menarik buat seisi keluarga sempena Pesta Malam S’pura 2025
Aug 23, 2025 | 8:48 AM
Hafizah Jainal, HAFI, Dari Pulau ke Pulau
Pemetaan unjuran atau ‘projection mapping’ oleh pelukis tempatan, Hafizah Jainal, atau lebih dikenali sebagai Hafi. Animasi yang bertajuk ‘Dari Pulau ke Pulau’ mengambil inspirasi daripada kisah datuk neneknya. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Pesta Malam Singapura (SNF) 2025 kembali di sekitar kawasan Bras Basah dan Bugis dengan tema Island Nights yang memberi tumpuan kepada identiti dan warisan pulau di Singapura.

Berlangsung selama tiga hujung minggu, dari 22 Ogos hingga 6 September, acara kali ini memberi peluang kepada pengunjung untuk menghayati 80 pengamalan menarik.

Ini termasuk pemetaan unjuran atau projecton mapping, seni pemasangan, persembahan, reruai makanan dan runcit dan program bagi seisi keluarga.

Berita Harian (BH) menyenaraikan lima hasil kerja seni yang mewujudkan pengalaman ‘wajib kunjung’.

Sky Castle di Cathay Green oleh ENESS

Antara seni pemasangan lampu yang wajib dikunjungi ialah gerbang lampu gergasi, ‘Sky Castle’ yang terletak di Cathay Green, Dhoby Ghaut dan direka oleh studio seni dan teknologi Australia, ENESS.
Antara seni pemasangan lampu yang wajib dikunjungi ialah gerbang lampu gergasi, ‘Sky Castle’ yang terletak di Cathay Green, Dhoby Ghaut dan direka oleh studio seni dan teknologi Australia, ENESS. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Antara seni pemasangan lampu yang wajib dikunjungi ialah gerbang lampu gergasi, Sky Castle, yang terletak di Cathay Green, Dhoby Ghaut dan direka oleh studio seni dan teknologi Australia, ENESS. 

Ia bertujuan membangkitkan rasa gembira dalam diri pengunjung sambil membawa pesanan harapan seperti pelangi yang muncul selepas hujan lebat atau ribut.

Berdasarkan pengalaman BH, waktu yang sesuai untuk mengunjungi arca itu adalah selepas 7.45 malam di mana matahari telah terbenam sepenuhnya.

Anda boleh mengambil gambar dengan gerbang gergasi yang berwarna-warni.

Pemetaan unjuran di Chijmes   

Pelukis tempatan, Hafizah Jainal, mengambil inspirasi daripada objek yang diberikan oleh datuk neneknya seperti kain batik, kerongsang, lesen mendarat kapal datuknya dan gambar lama.
Pelukis tempatan, Hafizah Jainal, mengambil inspirasi daripada objek yang diberikan oleh datuk neneknya seperti kain batik, kerongsang, lesen mendarat kapal datuknya dan gambar lama. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Terdapat pemetaan unjuran di bangunan Chijmes, yang merupakan tapak lama Sekolah Convent of the Holy Infant Jesus (CHIJ).

Ia direka oleh empat pereka seni wanita tempatan iaitu Adeline Kueh, Hafi, KangLi dan Tororo.aoi, yang berkongsi hasil karya mereka selepas menjalani latihan dan sesi ‘masterclass’ pemetaan unjuran bersama syarikat media Malaysia, Filamen. 

Karya Hafi, atau nama sebenarnya Hafizah Jainal, menceritakan mengenai perjalanan datuk neneknya yang datang ke Singapura dari Melaka, Malaysia dan Pacitan, Indonesia, untuk memulakan kehidupan baru di negara ini. 

Bertajuk Dari Pulau ke Pulau, Hafi turut menerapkan beberapa elemen yang melambangkan datuk neneknya termasuk kain batik, kerongsang dan lesen mendarat kapal datuknya yang beliau masih simpan.

Two Sides of Our Island di Raffles City oleh LABSIXFIVE

Penulis dan penyunting BH, Hakim Norman Hassan, bergambar di salah satu ruang santai dalam seni pemasangan yang terletak di luar pusat beli-belah Raffles City.
Penulis dan penyunting BH, Hakim Norman Hassan, bergambar di salah satu ruang santai dalam seni pemasangan yang terletak di luar pusat beli-belah Raffles City. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Seni pemasangan Two Sides of Our Island oleh Ben Qwek dari LABSIXFIVE merupakan satu penghormatan kepada semangat Singapura yang dinamik.

Pengunjung pasti akan tertarik dengan lukisan comel memerang, kucing dan burung enggang yang terpapar pada lukisan dinding.

Terdapat tiga tempat untuk para pengunjung berswafoto: bilik ‘selfie’ dengan cermin, latar belakang lukisan yang berwarna-warni dan tempat duduk santai yang mengambil ilham daripada kolong blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

The Listening Biennial

Penggiat seni, Rachel SY Chen (kanan), mereka karya seni ‘DJ Stims at My Tiny Space’ bersama pemuzik kurang upaya, Wheelsmith (kiri) dan Sky Shen (tidak ada dalam gambar).
Penggiat seni, Rachel SY Chen (kanan), mereka karya seni ‘DJ Stims at My Tiny Space’ bersama pemuzik kurang upaya, Wheelsmith (kiri) dan Sky Shen (tidak ada dalam gambar). - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Salah satu inisiatif yang diadakan sempena SNF 2025 adalah The Listening Biennial dan mengetengahkan konsep Third Listening yang mengajak pengunjung untuk menghayati rasa empati dan belas kasihan kepada semua insan.

Terdapat beberapa karya seni sempena inisiatif tersebut yang turut melibatkan masyarakat inklusif.

Antaranya adalah karya muzik interaktif, DJ Stims at My Tiny Space yang direka oleh Rachel SY Chen, bersama dua pemuzik kurang upaya, Sky Shen dan Danial Bawthan, atau lebih dikenali sebagai Wheelsmith.

Mereka yang minat dengan seni fotografi boleh menyertai Silent Studio, satu pengalaman interaktif di mana pengunjung boleh belajar daripada jurugambar pekak, Isabelle Lim, cara untuk mengambil gambar tanpa perlu berbual.

Jurugambar pekak, Isabelle Lim, akan mengadakan sesi interaktif di mana beliau akan menunjukkan cara mengambil gambar tanpa dirinya berbual dengan pengunjung yang hadir.
Jurugambar pekak, Isabelle Lim, akan mengadakan sesi interaktif di mana beliau akan menunjukkan cara mengambil gambar tanpa dirinya berbual dengan pengunjung yang hadir. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Video animasi Utopia

Video animasi ‘Utopia’ oleh Jahan Loh di Pusat Reka Bentuk Nasional membawa para penonton meninjau ke masa hadapan.
Video animasi ‘Utopia’ oleh Jahan Loh di Pusat Reka Bentuk Nasional membawa para penonton meninjau ke masa hadapan. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Bagi yang ingin mengunjungi pengalaman di dalam ruang berhawa dingin, animasi video Utopia di Pusat Reka Bentuk Nasional (NDC) mungkin jawapannya.

Animasi oleh pereka tempatan, Jahan Loh, menggambarkan situasi 600 tahun akan datang, di mana dua angkasawan sedang menghadiri sesi teh yang menenangkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg