Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bufet Espoir gabung ‘tapas’ Sepanyol dengan rasa tempatan

Hidangan ada yang punya rasa lemak cili padi dan laksa
Feb 1, 2025 | 5:30 AM
Paella con Pollo dimasak dengan ayam dan lada benggala, yang dihiasi dengan kulit ayam yang mempunyai perisa telur masin untuk kerangupan tekstur dalam setiap gigitan.
Paella con Pollo dimasak dengan ayam dan lada benggala, yang dihiasi dengan kulit ayam yang mempunyai perisa telur masin untuk kerangupan tekstur dalam setiap gigitan. - Foto ESPOIR

Terkenal dengan gabungan unik teknik masakan Eropah moden yang diselitkan dengan masakan Malaya, restoran Espoir melancarkan bufet ‘tapas’ halal a la carte pertamanya.

Konsep ini yang dikendalikan oleh Cef Nelson, yang mempunyai hampir tiga dekad kepakaran memasak, termasuk tempoh di restoran tapas yang terkenal iaitu Tapas 24.

Tapas ialah hidangan kecil yang berasal dari Sepanyol, biasanya dimakan sebagai snek atau pembuka selera.

Ia boleh terdiri daripada pelbagai jenis makanan seperti makanan laut, daging panggang atau croquetas iaitu kentang goreng berinti krim.

Bufet dimulakan dengan tapas yang menarik seperti Patatas Bravas, hidangan kegemaran Sepanyol yang terdiri daripada kentang goreng rangup, dicipta semula dengan sambal hijau untuk rasa pedas dan tajam.

Satu lagi hidangan ialah Pulpo Bebe, hidangan sotong lembut dengan sos yang menyerlahkan rasa manisnya.

Pengunjung mengakhiri hidangan mereka dengan rasa manis dengan churos, pastri doh goreng yang dihidangkan dengan sos tofi dan sos coklat kopi.

Espoir turut memperkenalkan troli paella.

Paella ialah hidangan nasi tradisional dari Sepanyol yang dimasak dalam kuali leper besar bersama stok, rempah dan pelbagai bahan seperti makanan laut, ayam atau sayur-sayuran.

Ia terkenal dengan rasa yang kaya dan aroma safron yang wangi.

Di Espoir, paella diberi sentuhan Malaya dengan tambahan rempah tempatan seperti lemak cili padi dan laksa untuk mencipta rasa yang unik.

“Kami percaya konsep bottomless tapas (bufet tapas) ini diperkenalkan tepat pada masanya dan menarik,” kongsi pengarah operasi, Encik Taha Hassan.

Pelanggan bufet tapas Espoir boleh memesan seberapa banyak hidangan dalam pinggang kecil tanpa had, paella dan pencuci mulut.

Proses penyelidikan dan pengembangan (R&D) Espoir ialah usaha kerjasama yang diketuai oleh Cef Nelson, yang pakar dalam masakan Eropah.

Gabungan itu menghasilkan hidangan inovatif seperti Paella de Marisco, iaitu paella makanan laut dengan perisa yang diilhamkan oleh laksa ikonik Singapura, dan Costillas de Cordero (tulang rusuk kambing yang direbus dalam lemak cili padi) dan bukannya kaedah panggang tradisional Sepanyol.

“Matlamat kami bukan sahaja untuk menggabungkan cita rasa tempatan demi kepentingannya tetapi untuk meningkatkan profil rasa hidangan sambil memastikan menu yang harmoni,” kata Encik Taha.

Satu lagi hidangan kegemaran ialah Croquetas Caseras iaitu bechamel ketam berkrim yang digoreng dan puri avokado.

Dengan bufet ini, Espoir berhasrat untuk memperkenalkan masakan unik kepada pasaran Muslim sambil menawarkan pengalaman makan yang menarik dan interaktif.

Ia berlangsung setiap Jumaat pada 6.30 petang, Sabtu (pada 11 pagi, 1.30 petang dan 6.30 petang), dan Ahad (11 pagi dan 1.30 petang).

Bufet berharga $98++ bagi setiap dewasa dan $15++ bagi setiap kanak-kanak (berumur enam hingga 12 tahun), manakala kanak-kanak di bawah enam tahun makan secara percuma.

Espoir menawarkan tawaran ‘one-for-one’ (harga satu untuk dua orang) dari 17 Januari hingga 28 Februari.

Alamat: 70 Amoy Street, Singapura 069889

Waktu Operasi: Selasa hingga Jumaat, 11.30 pagi hingga 10 malam dan Sabtu 10 pagi hingga 10 malam dan Ahad, 10 pagi hingga 5 petang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg