Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bufet troli masakan Perancis pada hujung minggu di The White Label

Hidangan digabung rempah-ratus, kakitangan dorong troli berisi sajian terus ke meja makan
Oct 12, 2024 | 5:30 AM
The White Label memperkenalkan bufet troli hujung minggu berharga $49++ bagi setiap pelanggan. Konsep bufet troli itu dapat mengurangkan pembaziran dan peluang bagi kakitangan restoran berinteraksi dengan pelanggan.
The White Label memperkenalkan bufet troli hujung minggu berharga $49++ bagi setiap pelanggan. Konsep bufet troli itu dapat mengurangkan pembaziran dan peluang bagi kakitangan restoran berinteraksi dengan pelanggan. - Foto BRAND CELLAR

Tiga restoran berikut berinovasi untuk memperkenalkan konsep dan produk baru. Restoran Oud meraikan ulang tahun pertamanya dengan hidangan istimewa. Curry Times memperkenalkan ‘Siri Gastronomi Asam’ dengan hidangan menggunakan asam, manakala The White Label menawarkan pengalaman kulinari baru. 

Restoran The White Label membawakan konsep yang baru kepada landskap makanan halal Singapura dengan Weekend Trolleys Buffet.

Konsep itu menyajikan pelbagai pilihan makanan yang dibawa terus ke meja makan oleh kakitangan restoran dengan menggunakan troli pada setiap Sabtu dan Ahad.

Pelanggan boleh sekadar duduk bersantai sambil menjamu selera.

Konsep unik itu menampilkan masakan Perancis yang digabungkan dengan rempah-ratus Malaya.

“Kami melancarkan bufet ini atas beberapa sebab. Pertama, kami ingin memenuhi keperluan ramai pengunjung Muslim yang mencari pilihan bufet halal.

“Kedua, kami tidak berminat dengan gaya bufet tradisional kerana ia sering menyebabkan pembaziran makanan dan peluang untuk berinteraksi antara pelanggan dengan kakitangan perkhidmatan kami pula kurang.

“Kami juga mendapat inspirasi dari restoran Perancis di Paris, di mana beberapa sajian dihidangkan di meja, dan ini boleh membawa pengalaman baru kepada pelanggan kami,” jelas pengurus besar The White Label, Encik Marc Chua Chin Yeh.

Bufet Troli Hujung Minggu tersedia pada harga $49++ setiap pelanggan.

Bermula dengan pembuka selera seperti Harissa Hummus dan Sambal Romesco, pengunjung turut disajikan dengan Soup Vichyssoise, Salad Nicoise dengan Tuna Tataki dan makanan laut premium seperti Halibut Parmentier dan Scallops Au Gratin.

Hidangan Halibut Parmentier menampilkan isi ikan halibut dengan kentang lenyek berkrim, kerap dicampur dengan mentega atau krim.

Biasanya ia dibakar hingga perang keemasan, dengan ikan halibut menawarkan rasa segar dan isi lembut yang sangat sesuai dipadankan dengan kentang lenyek.

Penggemar daging boleh menikmati Wagyu Beef Bourguignon dan Forty Garlic Chicken. Turut ditawarkan ialah Whole Roasted Leg of Lamb atau kambing biri-biri bakar yang dihiris.

Halibut Parmentier adalah hidangan tradisional Perancis kami, tetapi kami telah menukar daging lembu atau kambing yang dikisar dengan ikan halibut dan menambah sos asam nyonya untuk sedikit ‘kick’ (agar lebih enak).

“Ia adalah hidangan dalam bentuk pai berkrim dan mempunyai rasa pedas,” ujar Encik Chua.

“Forty Garlic Chicken adalah ciptaan hidangan Perancis yang dimasak perlahan dengan bawang putih dan herba selama dua hari untuk mengekalkan rasanya.

“Dan puding roti kami, dibanjiri dengan sos pengat durian Mao Shan Wang, ialah hidangan nostalgia buat rakyat Singapura,” kata ujar Encik Chua.

Salah satu aspek yang menonjol dalam Bufet Troli Hujung Minggu The White Label ialah harganya.

Pada harga $49++ seorang, bufet tersebut menawarkan pelbagai hidangan masakan Perancis.

“Kami ingin menawarkan harga yang berpatutan.

“Makanan Perancis lazimnya lebih mahal kerana bahan-bahan dan tenaga kerja yang terlibat, tetapi kami ingin menjadikan pengalaman menjamu selera ini berpatutan, terutamanya untuk pelanggan Muslim yang mungkin tidak mempunyai banyak pilihan dalam masakan sebegini.

“Kami juga menjadikannya mesra keluarga dengan menawarkan makanan percuma untuk kanak-kanak di bawah enam tahun,” kata Encik Chua.

Proses penyelidikan dan pengembangan (R&D) untuk menu itu tidak mengambil masa yang lama.

“Cef kami datang dari restoran terkenal, jadi mencipta hidangan itu tidak mengambil masa yang lama.

“Apa yang mengambil lebih banyak masa ialah merancang aliran operasi dan memastikan perkhidmatan berjalan lancar.

“Kami perlu menyempurnakan masa dan pelaksanaan hidangan dari troli untuk mengekalkan kesegaran dan mutu makanan,” ujar Encik Chua.

Untuk mengekalkan mutu perkhidmatan dan makanan, The White Label, mengehadkan setiap tempat duduk kepada hanya 40 pelanggan.

Alamat: 101 Jalan Sultan, #01-02 The Sultan, Singapura 199002

Waktu operasi: 11 pagi hingga 10 malam

Kesegaran makanan dititikberat

Cef kami datang dari restoran terkenal, jadi mencipta hidangan itu tidak mengambil masa yang lama. Apa yang mengambil lebih banyak masa ialah merancang aliran operasi dan memastikan perkhidmatan berjalan lancar. Kami perlu menyempurnakan masa dan pelaksanaan hidangan dari troli untuk mengekalkan kesegaran dan mutu makanan.
Encik Marc Chua Chin Yeh, Pengurus Besar, The White Label.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg