Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Restoran Oud rai tahun pertama dengan menu baru

Kayu api jenis sitrus diguna untuk mengasap atau panggang makanan
Oct 12, 2024 | 5:30 AM
Restoran Oud di 48 Kandahar Street menampilkan menu baru sempena ulang tahunnya yang pertama. Antaranya adalah Firegrill Beef Shortplate ($88) yang disiram dengan jus daging beraroma daun kari.
Restoran Oud di 48 Kandahar Street menampilkan menu baru sempena ulang tahunnya yang pertama. Antaranya adalah Firegrill Beef Shortplate ($88) yang disiram dengan jus daging beraroma daun kari. - Foto OUD

Restoran Oud, terletak di 48 Kandahar Street, menyambut ulang tahunnya yang pertama dengan menu baru.

Ketua Cef Oud, Cef Muhd Shah Indra Jasni berkata, Oud ingin menawarkan sesuatu yang baru dalam menu untuk memperingati ulang tahun pertama mereka.

“Masakan kami sentiasa dipengaruhi oleh pelbagai budaya di seluruh dunia, tetapi kami tetap setia pada identiti restoran kami berasaskan api, yang bermaksud gaya masak primitif.

“Kebanyakan hidangan kami mengandungi unsur api,” kata Cef Indra kepada Berita Harian.

Dengan menggunakan kayu api untuk memasak dan mengasapi makanan, pelanggan boleh merasai aroma salai yang terserlah dalam sajian.

Dalam menu baru, jenis kayu api jenis sitrus digunakan bagi memberikan aroma manis apabila makanan dipanggang atau disalai.

Menu baru Oud menampilkan pembuka selera, Cornets Caviar, ($11 setiap satu, minimum dua kon) iaitu kon kecil rangup yang diisi krim keju dan ditambah kaviar (telur ikan premium). Ia memberikan gabungan unik keju berserta makanan laut.

Satu lagi pembuka selera baru dan menarik ialah, Lobster Toast ($10 setiap satu, minimum 2 keping), roti bakar yang disapu lapisan tebal udang karang cencang.

Bagi mereka yang ingin menikmati aroma kayu api sitrus yang menyerlah, anda boleh mencuba, Fire-Grill Unagi ($10 setiap satu, minimum 2 pesanan), menawarkan belut yang disaluti sos barbeku yang telah diasap.

Bagi sajian utama pula, Oud menawarkan ikan kod miso Atlantik ($38). Ia menyajikan filet ikan kod Atlantik yang lembut dan manis, diperap dalam miso (pes kacang soya yang ditapaikan) sebelum dipanggang dalam kulit jagung untuk memberikan aroma herba yang menyerlah.

Squid Ink Seafood Paella ($48), adalah nasi bakar yang rangup dihidangkan dengan udang panggang dan sotong.
Squid Ink Seafood Paella ($48), adalah nasi bakar yang rangup dihidangkan dengan udang panggang dan sotong. - Foto OUD

Satu lagi hidangan baru dan ikonik adalah Squid Ink Seafood Paella ($48), iaitu nasi bakar yang rangup dihidangkan dengan udang panggang dan sotong.

Untuk peminat daging pula, mereka boleh menikmati hidangan Australian Beef Cheek atau pipi daging lembu ($42) yang dihidangkan dengan krim polenta (jagung), sayur panggang, dan jus daging.

Antara lain, Firegrill Beef Shortplate ($88) yang disiram dengan jus daging beraroma daun kari, Wagyu Striploin ($68) dihidangkan bersama sos parsnip dan sos Bordelaise, dan Australian Wagyu Tomahawk gred MB4/5 ($245 untuk 1.2kg).

Pelanggan juga dapat menikmati hidangan sampingan baru – Oudfire Mushrooms ($16), Potato Gratin ($14), Onion Rings ($12) atau Honey-Roasted Baby Carrots ($12).

Lengkapkan hidangan dengan pencuci mulut, Karak Teh Tarik Ice Cream ($18), iaitu aiskrim teh susu yang wangi dengan kon wafel buatan sendiri dan espuma (buih) madu.
Lengkapkan hidangan dengan pencuci mulut, Karak Teh Tarik Ice Cream ($18), iaitu aiskrim teh susu yang wangi dengan kon wafel buatan sendiri dan espuma (buih) madu. - Foto OUD

Bagi melengkapkan pengalaman makanan di Oud, pilihan pencuci mulut baru menawarkan sentuhan tempatan yang menarik seperti Karak Teh Tarik Ice Cream ($18), iaitu aiskrim teh susu yang wangi dengan kon wafel buatan sendiri dan espuma (buih) madu.

Terdapat juga Grandma’s Banana Cake ($16) yang dihidangkan dengan aiskrim vanila dan sos karamel.

Pilihan lain termasuk Sandwic Aiskrim ($14) dengan biskut mentega hangus bersama aiskrim perisa Raspberry Ripple serta sorbet Mangga ($18) yang dilengkapkan dengan jejari limau (finger lime) dan mangga segar.

Oud yang diketuai oleh Cef Indra Jasni dan Cef Mohd Ridzuan Ayob, kedua-duanya berpengalaman dalam restoran bertaraf Michelin.

“Selain pencuci mulut dan hidangan istimewa, kami juga bergerak ke arah kemampanan dengan memanfaatkan setiap bahagian bahan yang digunakan,” tambah Cef Indra.

Menurut Oud, tempat itu boleh menampung 24 orang di dalam kedai dan 14 orang di luar, yang menawarkan pengalaman makan berhidang bersama dan pengalaman melihat makanan disiapkan dengan konsep dapur terbuka.

Bagi mereka yang ingin menjamu selera hidangan Oud di rumah, restoran itu turut menyediakan khidmat makan bespoke (dipesan khas) privet dengan khidmat seorang cef peribadi.

Alamat: 48 Kandahar Street, Singapura 198899
Waktu operasi: 11.30 pagi hingga 3 petang; 6 petang hingga 10 malam (Isnin-Khamis); 11.30 pagi hingga 3 petang; 6 petang hingga 11 malam (Jumaat-Ahad)

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg