Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

China peroleh cip canggih Nvidia dari pelayan komputer buatan Dell, Super Micro

Apr 24, 2024 | 06:20 PM



BEIJING: Universiti dan institut penyelidikan China baru-baru ini memperoleh cip kecerdasan canggih buatan Nvidia melalui saluran penjualan semula, walaupun Amerika Syarikat meluaskan larangan pada 2023 dalam usaha menyekat penjualan teknologi sedemikian ke China.


Siasatan Reuters terhadap ratusan dokumen tender menunjukkan 10 entiti China memperoleh cip Nvidia termaju yang dibenamkan dalam produk pelayan komputer yang dibuat oleh syarikat Super Micro Computer Inc., Dell Technologies Inc. dan Gigabyte Technology Co Ltd.


Ini berlaku biarpun Amerika pada 17 November memperluaskan sekatan dengan meletakkan lebih banyak cip dan negara di bawah peraturan pelesenan.

Menurut tender yang tidak dilaporkan sebelum ini yang diperolehi antara 20 November dengan 28 Februari, pelayan tersebut mengandungi beberapa cip Nvidia yang paling canggih,

Amerika telah menghalang Nvidia dan rakan kongsinya daripada menjual cip canggih ke China, termasuk melalui pihak ketiga.

Penjualan itu dan pembelian cip tersebut tidak menyalahi undang-undang di China.

Seramai 11 penjual cip semula itu adalah peruncit China yang kurang dikenali.

Reuters tidak dapat menentukan sama ada, dalam memenuhi pesanan, mereka menggunakan bekalan simpanan yang diperoleh sebelum Amerika mengetatkan sekatan eksport cip pada November.


Ketika dihubungi Reuters, Nvidia berkata tender itu menyenaraikan produk yang dieksport dan tersedia secara meluas sebelum sekatan dikenakan.


“Mereka tidak menunjukkan bahawa mana-mana rakan kongsi kami melanggar peraturan kawalan eksport dan merupakan sebahagian kecil daripada produk yang dijual di seluruh dunia,” kata seorang jurucakap syarikat itu.


Pembuat pelayan pula berkata mereka mematuhi undang-undang yang terpakai atau akan menyiasat lebih lanjut.

Antara pembeli yang berjaya mendapatkan cip canggih itu ialah Akademi Sains China, Institut Kecerdasan Buatan Shandong, Pentadbiran Gempa Hubei, Universiti Shandong dan Universiti Barat Daya, firma pelaburan teknologi yang dimiliki oleh pemerintah wilayah Heilongjiang, pusat penyelidikan penerbangan yang dikendalikan pemerintah dan pusat sains angkasa negara itu.

Tiada pembeli dan penjual runcit China menjawab soalan Reuters mengenai perkara itu.


Encik Daniel Gerkin, rakan kongsi yang berpangkalan di Washington di firma undang-undang Kirkland & Ellis, berkata cip Nvidia boleh dialihkan ke China tanpa pengetahuan pengilang, memandangkan kekurangan keterlihatan ke dalam rantaian bekalan hiliran.


Jika pengilang telah melakukan usaha wajar yang mencukupi, “mungkin adalah mencabar bagi pemerintah Amerika meneruskan tindakan penguatkuasaan,” kata Encik Gerkin.


Jabatan Perdagangan Amerika memberitahu Reuters ia tidak dapat mengulas mengenai sebarang potensi penyiasatan yang sedang dijalankan.


Namum, ia berkata Biro Industri dan Keselamatannya memantau kiriman cip terhad, menjalankan pemeriksaan penggunaan akhir dan meneliti potensi pelanggaran.


Pegawai akan menyiasat dakwaan pelanggaran yang boleh dipercayai, termasuk melalui penggunaan syarikat, kata seorang jurucakap.


Nvidia berkata sistem yang dibina dengan unit pemprosesan grafik (GPU) – cip yang memecahkan tugas komputer kepada kepingan yang lebih kecil dan memprosesnya bersama – dan dijual semula oleh pihak ketiga mesti mematuhi sekatan Amerika.

“Jika kami menentukan mana-mana produk kemudiannya dijual semula dengan melanggar peraturan kawalan eksport Amerika, kami akan bekerjasama dengan pelanggan kami untuk mengambil tindakan sewajarnya,” kata jurucakap itu.

Super Micro pula berkata ia mematuhi keperluan Amerika mengenai penjualan dan eksport sistem GPU ke wilayah dan pihak yang memerlukan lesen. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >