Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ahli Forteen, Ariz Lufias bujang bukan kerana tak laku

Jan 5, 2026 | 7:20 PM
Forteen, Ariz Lufias, bujang, bukan kerana tak laku
Penyanyi dan anggota kumpulan Forteen, Ariz Lufias berpendapat individu bujang mempunyai cerita mereka tersendiri dan tidak harus dilabel oleh masyarakat. - Foto KOSMO/ INSTAGRAM ARIZ LUFIAS

Sentiasa ada asbab, penyanyi Ariz Lufias menempelak stigma masyarakat terhadap individu bujang, khususnya mereka yang lama hidup tanpa pasangan hingga dilabel ‘tidak laku’.

Ariz atau nama sebenarnya Saiful Ridzuan Abdul Hamid, 37 tahun, berkata status bujang tidak wajar dijadikan ukuran nilai diri seseorang kerana kebiasaannya tersimpan kisah serta pengorbanan tidak diketahui umum.

“Orang yang lama single bukan sebab tak laku.

“Selalunya ada cerita di sebalik semua itu, ada yang sudah serik bercinta, ada juga memilih menjaga ibu bapa uzur,” katanya menerusi perkongsian dalam wadah media sosial, Threads.

Tambah anggota kumpulan popular Forteen itu, ramai tidak menyedari usaha serta ikhtiar sebenar golongan bujang dalam mencari pasangan hidup sehingga tergamak melemparkan tanggapan negatif tanpa memahami situasi sebenar.

“Kebanyakan masa, kita tak tahu apa ikhtiar dan usaha mereka untuk mencari pasangan.

“Jadi berlapang dadalah, kalau tiada perkara baik mahu dikatakan, lebih elok diam,” ujarnya.

Pandangan Ariz itu mendapat sokongan netizen yang bersetuju label terhadap individu bujang sering bersifat tidak adil dan melukakan perasaan, lapor Kosmo!.

“Tak semua orang kahwin awal bahagia, ada yang single tapi hidup tenang dan terurus,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Kadang-kadang orang bujang lebih matang sebab dah melalui banyak pengalaman pahit,” ujar seorang netizen.

Namun, terdapat juga segelintir netizen berpendapat status bujang dalam tempoh lama wajar dijadikan ruang refleksi diri, selain menasihatkan individu terlibat supaya lebih terbuka menerima kehadiran pasangan dalam hidup.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg