Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Haiza: Gara-gara lirik ‘Masuk Lagi’ Baby Shima, penyanyi dangdut lain kena ‘tempias’

Jan 3, 2026 | 9:28 PM
Haiza, Baby Shima, lagu lirik lucah, Masuk Lagi
Menurut penyanyi dangdut dan deejay Kool FM, Haiza (kanan), tindakan Baby Shima dalam menghasilkan lagu kontroversi, ‘Masuk Lagi’, yang dikatakan berbaur lucah, turut memberi tempias kepada penyanyi dangdut lain, walhal hanya Baby Shima yang tampil dengan lirik tidak sensitif. - Foto-foto fail BH/Instagram Baby Shima

SELAYANG: Penyanyi dangdut dan penyampai radio Kool FM, Haiza, menasihatkan Baby Shima supaya tidak membiasakan lagu berunsur lucah, sebaliknya berfikir secara matang setiap kali muncul dengan karya baru.

Menurut Haiza kepada Berita Harian Malaysia (BHM), tindakan Baby Shima itu turut memberi tempias kepada penyanyi dangdut lain, walhal hanya Baby Shima yang tampil dengan lirik tidak sensitif.

“Saya rasa selepas ini, dia kena fikir betul-betul. Mungkin ada sesetengah orang setiap kali nak keluar lagu, dia mahu lagunya diperkatakan.

“Memang terpulang kepada Baby Shima untuk tampil dengan lirik seperti itu, tetapi sebagai senior, saya nasihatkan supaya dia mencari lirik yang mendidik,” kata Haiza ketika ditemui di Kenduri Rakyat: Haiza Menang ABPBH 37, di sini, petang 3 Januari.

Haiza, atau nama sebenarnya, Rohaizah Nordin, 45 tahun, menambah, Baby Shima juga perlu bertanggungjawab kerana lagunya didengar oleh semua peringkat umur.

Walaupun lagu tersebut tidak sepenuhnya lucah, ia tetap mengandungi unsur yang tidak baik.

“Saya tak mahu dia dikecam, tetapi lirik seperti itu tetap tidak patut, terutama di Malaysia. Mungkin di negara lain perkara ini biasa, tetapi budaya kita berbeza.

“Jangan normalisasikan unsur lucah dalam lagu. Kita perlu fikir generasi akan datang kerana apa yang mereka dengar hari ini boleh terbawa-bawa. Lebih baik kita tonjolkan lirik yang elok dan membina,” jelasnya.

Baru-baru ini, lagu Masuk Lagi nyanyian Baby Shima mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengandungi unsur lucah, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi hangat daripada masyarakat dan peminat seni.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg