Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jambangan bunga buat Amira Othman raih perhatian ramai

Jun 25, 2025 | 2:29 PM
Amira Othman, penyanyi, keracunan makanan, bunga
Amira Othman terkena keracunan makanan dan dirawat di hospital di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 18 Jun lalu. Penyanyi itu turut menerima jambangan bunga daripada Fattah Amin, yang telah meraih perhatian ramai di media sosial. - Foto INSTAGRAM AMIRA OTHMAN

Jambangan bunga diterima penyanyi Malaysia, Amira Othman, 31 tahun, ketika dirawat di hospital pada 18 Jun lalu meraih perhatian ramai di laman media sosial.

Apatah lagi jambangan bunga itu dihadiahkan pelakon, Fattah Amin, 34 tahun.

Tidak menafikan pemberian itu, Amira berkata bunga yang diterima tidak bermakna mereka menjalin hubungan istimewa. 

Baginya, pemberian jambangan bunga itu menjadi buah mulut kerana Fattah mempunyai ramai peminat.

“Saya akui memang rakan sekerja ada berikan bunga, iaitu Abang Long atau Fattah Amin. 

“Dia ada bagi bunga dan ‘post’ (muat naik hantaran) di laman sosial, jadi tiada apa pun. Biasalah orang ramai usik-usik.

“Seperti yang Fattah tulis di kapsyen fotonya, saya adalah rakan sekerjanya. Apa yang baik, kami aminkan dan untuk bercerita lebih lanjut, saya tiada apa nak diceritakan. 

“Memang sekadar itu buat masa ini. Biasalah, orang (dirawat) di hospital, kita bagi bunga.

“Saya fikir mungkin dia adalah Fattah Amin dan peminatnya ramai, jadi, saya terkenalah tempias bila dia ‘post’ apa-apa sebab dia terkenal, ramai hendak tahu mengenai dia,” katanya ketika ditemui Berita Harian Malaysia (BHM), pada sidang media single terbarunya berjudul, Dalam Sujudku, di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 24 Jun.

Sebelum ini, Fattah memuat naik foto Amira terlantar di hospital sambil memegang sejambak bunga pemberiannya.

Amira dilapor dikejarkan ke hospital selepas muntah akibat keracunan makanan. 

Perkara itu dimaklumkan oleh adiknya, penyanyi Irfan Haris, menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

Amira turut mengeyakan Fattah dan ibu kepada pelakon itu juga hadir melawatnya di hospital.

Dalam pada itu, beliau mengakui Fattah antara teman seperjuangan yang rapat dengannya. 

“Dalam industri ini, saya ada kawan lelaki yang rapat tetapi mungkin tidak ramai. Tetapi antara yang rapat adalah Fattah,” katanya dalam laman web BHM.

Mengulas berkenaan prestasi kesihatannya yang merosot baru-baru ini, Amira berkata beliau ditahan di wad selama lima hari akibat keracunan makanan selepas menghadiri majlis sambutan hari jadi.

“Saya kena keracunan makanan dan mungkin saya terlalu ‘dehydrated’ (kehilangan air), tekanan darah saya menurun. 

“Jadi, lima hari saya ditahan di hospital. Saya akui ‘food poisoning’ boleh jadi kompleks, jadi saya sarankan kalau kena keracunan makanan, terus ke hospital.

“Macam saya ketika itu, masih lagi pergi kerja. Alhamdulillah semuanya baik-baik saja sekarang. Adik saya juga dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan daripada juadah sama.

“Alhamdulillah, sekarang saya sudah sembuh, Tetapi tekanan darah saya kena naikkan lagi dan saya perlu ambil makanan yang sesuai untuk itu,” ujarnya.

Berkenaan lagu, Dalam Sujudku, Amira berkata lagu itu menyelami keperitan jiwa wanita dalam perjuangan mencari kekuatan dan ketenangan hati.

Dicipta dan diterbitkan oleh Farouk Roman dengan lirik oleh Senna, Dalam Sujudku membawa pendengar menghayati perjalanan emosi insan yang terperangkap dalam hubungan toksik, namun, masih menaruh harapan dan terus berdoa kepada Tuhan meskipun jiwanya semakin hilang dalam hubungan yang memudaratkannya.

Lagu itu turut dipilih sebagai lagu tema utama bagi drama dengan 32 episod, Dia Bukan Syurga, yang memulakan tayangan di saluran Astro Ria pada 19 Mei.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg