Topik diikuti
Pergi ke BHkuMeski gagal ‘mekar’ di ‘Big Stage X Rocketfuel’, Sufie Rose enggan mengalah
Meski gagal ‘mekar’ di ‘Big Stage X Rocketfuel’, Sufie Rose enggan mengalah
Meski gagal ‘mekar’ di ‘Big Stage X Rocketfuel’, Sufie Rose enggan mengalah
Langkah penyanyi muda Malaysia, Sufie Rose, menerusi pertandingan realiti, Big Stage X Rocketfuel, anjuran Astro, terhenti apabila beliau diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir dalam konsert kedua yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada 5 Julai.
Sufie, atau nama sebenarnya, Sufia Arissya Suhaimi, 25 tahun, berada di kedudukan terbawah, dengan markah keseluruhan sebanyak 57.33 peratus, sekali gus tersingkir.
Bagaimanapun, Sufie menganggap dirinya wajar diberi peluang untuk meneruskan saingan kerana telah menunjukkan peningkatan berbanding minggu pertama.
Pada minggu kedua, beliau mempersembahan lagu, Panas, dendangan asal kumpulan De Fam.
“Saya perlu diberi peluang sebab juri menyatakan persembahan saya pada minggu ini (5 Julai) lebih baik daripada sebelumnya kerana pemilihan lagu yang lebih sesuai.
“Tetapi, mungkin kurang keyakinan di atas pentas yang membuatkan saya berada di kedudukan tiga ke bawah dan kemudian tersingkir,” kata penyanyi asal Kuala Lumpur itu, dalam laman Utusan Malaysia.
Sufie turut berada dalam kedudukan tercorot pada minggu pertama apabila persembahan lagu, Pulang, nyanyian asal kumpulan Insomniacks, yang disuntik unsur rap dalam bahasa Melayu dan Inggeris, gagal memikat hati barisan juri terdiri daripada Hael Husaini, Akim Ahmad dan Aisha Retno.
Dalam pada itu, penyanyi yang bekerja di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu, tidak mempunyai sebarang masalah berkenaan komen juri yang padanya membantu peserta.
“Saya terima komen semua juri. Sebab itu perlunya mereka, juri profesional untuk menilai persembahan peserta.
“Kami perlu maklum balas juri profesional untuk menjadi lebih bagus,” tambahnya lagi.
Disoal tentang perancangan seterusnya, Sufie memaklumkan akan terus berkecimpung dalam bidang sama dan menunggu pihak pengurusan iaitu, Rocketfuel Entertainment, untuk menyusun jadual.
“Apa pun, saya tak akan berhenti dalam bidang ini kerana ini minat dan hobi saya.
“Apatah lagi berputus asa sebab saya masih dahagakan ilmu dalam bidang ini,” kata Sufie.
Big Stage X Rocketfuel boleh ditonton di saluran Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV), setiap Ahad bermula 9 malam.
“
“Saya perlu diberi peluang sebab juri menyatakan persembahan saya pada minggu ini (5 Julai) lebih baik daripada sebelumnya kerana pemilihan lagu yang lebih sesuai. Tetapi, mungkin kurang keyakinan di atas pentas yang membuatkan saya berada di kedudukan tiga ke bawah dan kemudian tersingkir.”