Anak kedua pelakon Malaysia, Amyza Aznan, iaitu Adrian Adam, menarik perhatian ramai di media sosial selepas muncul dalam program Talk To My Manager Musim Kedua (TTMM2), pada 17 Mei.

Terdahulu, pada awal Februari, Amyza didapati berkongsi keadaan kesihatan Adrian di media sosial yang disahkan menghidap barah tulang dan memohon doa ramai agar kesihatan anak lelakinya kembali pulih.