Selepas lebih sedekad menimba pengalaman di belakang tabir menerusi beberapa filem aksi berskala besar, pengarah Malaysia, Heng Aik Siong, akhirnya melangkah ke hadapan menerusi filem sulung arahannya, The Furious, yang bertema aksi dan sukan tinju.

Meskipun nama Heng, 38 tahun, tidak sehangat pengarah lain dalam kalangan penonton arus perdana, beliau bukanlah wajah baharu dalam industri perfileman Malaysia.