Sebagai ulat buku, Sarah Jessica Parker risau apabila mata kabur

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sebagai ulat buku, Sarah Jessica Parker risau apabila mata kabur

Jan 19, 2026 | 5:30 AM

Sebagai ulat buku, Sarah Jessica Parker risau apabila mata kabur

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pelakon yang juga penerbit televisyen Amerika, Sarah Jessica Parker, mengatasi kesulitan melihat dan membaca 150 buku dengan masalah penglihatan kabur ketika diundang sebagai pengadil anugerah kesusasteraan dan cereka, ‘Anugerah Booker 2025’.
Pelakon yang juga penerbit televisyen Amerika, Sarah Jessica Parker, mengatasi kesulitan melihat dan membaca 150 buku dengan masalah penglihatan kabur ketika diundang sebagai pengadil anugerah kesusasteraan dan cereka, ‘Anugerah Booker 2025’. - Foto REUTERS

Sekitar 15 tahun lalu, pelakon yang juga penerbit televisyen Amerika, Sarah Jessica Parker, mulai dibelenggu rasa bimbang apabila beliau payah membaca ayat-ayat dalam sebuah buku, ketika bercuti di Ireland.

Seperti biasa, membaca sebelum tidur menjadi perkara wajib yang akan dilakukannya sebelum melelapkan mata.

Namun, pada malam itu, beliau yang ketika itu berusia 45 tahun sulit menghabiskan pembacaan beberapa halaman di depan mata.

“Sesuatu yang menyeronokkan tiba-tiba jadi tidak selesa. Mula-mula, saya sangka mata saya dah penat atau saya yang sudah keletihan sebab banyak berjalan pada siang hari.

“Bagaimanapun, saya mula terfikir, mungkin usia yang kian meningkat menyebabkan mata saya mula kabur,” ceritanya yang kini berusia 60 tahun kepada laman web, People.

Parker yang dikenali kerana watak ikonik, Carrie Bradshaw, dalam siri komedi, Sex and the City, merupakan antara 128 juta warga Amerika yang menangani masalah daya penglihatan yang kian kabur apabila meningkat usia.

Beliau yang selama ini tidak menggunakan cermin mata cukup bingit apabila terpaksa bergantung pada cermin mata setiap kali ingin membaca.

“Suatu ketika, saya selalu rasa bangga kerana tidak memerlukan cermin mata walaupun saya banyak membaca, berbanding teman-teman seusia.

“Saya baca dalam gelap. Saya baca ketika duduk di kereta. Jadi macam bosan kalau perlukan ‘teman’, si cermin mata ini, untuk membaca.

“Bayangkan. Berpuluh tahun lamanya saya akan membaca tanpa memerlukan cermin mata. Tahu-tahu, saya perlukan cermin mata dan tak mampu meninggalkannya di rumah selepas ini,” keluhnya.

Pada 2025, Parker diundang sebagai pengadil, Anugerah Booker 2025, majlis penyampaian anugerah kecemerlangan bagi penulis cereka terhebat.

Ia menggalak tabiat membaca buku cereka dan menjana perbincangan mengenai karya kesusasteraan masa kini.

Parker perlu membaca lebih 150 buku untuk mengadili setiap satu daripadanya sambil menangani masalah penglihatannya yang kabur.

“Saya memang suka membaca. Sudah menjadi tugas saya, bukan sahaja di pentas lakonan atau set televisyen malah, sebagai seorang penerbit buku dan seorang ibu.

“Saya juga takkan banyak merungut. Saya teruskan kehidupan walaupun kadangkala sulit. Mujurlah, saya menemui penawar dalam bentuk ubat titis mata jenama, Vizz, yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA).

“Saya dah kurang bergantung pada cermin mata dan tak perlu terkial-kial mencari cermin mata dalam beg tangan apabila nak membaca atau mengirim pesanan WhatsApp,” tambahnya, yang baru-baru ini, disampaikan dengan anugerah kesenian sepanjang hayat, Anugerah Carol Burnett, di majlis gilang-gemilang, Anugerah Golden Globe.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg