Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hjh Maimunah buka gerai baru di Parkway Parade 

Cawangan mini kesembilan dibuka, hiasan mural menarik
May 23, 2025 | 2:26 PM
haji maimunah, parkway parade
Kopitiam Food Hall yang elegan dibuka di Parkway Parade di Marine Parade. Ruang makan dihiasi warna lembut dan reka bentuk moden yang unik.  - Foto KOPITIAM FOOD HALL

Hjh Maimunah, jenama yang tidak asing lagi dalam menyediakan nasi Padang.

Ia kini membuka gerai di Kopitiam Food Hall di Parkway Parade di Marine Parade.

Ruang makan itu dihias dengan warna lembut dan reka bentuk moden yang unik.

Sentuhan Peranakan turut dapat dilihat melalui mural dinding berhias corak bunga tradisional, memberi kelainan yang jarang ditemui dalam pusat makanan di Singapura.

Diasaskan pada 1990-an oleh Cik Mahiran Abdul Rahman, Hjh Maimunah bermula dengan resipi turun-temurun warisan ibunya.

Kini, pengurusan diteruskan oleh generasi kedua keluarganya.

Selain dua restoran utama di Jalan Pisang dan Joo Chiat, jenama itu juga memperluas capaiannya melalui konsep Hjh Maimunah Mini yang kini mempunyai sembilan cawangan di pusat beli-belah termasuk di Tampines Mall, Westgate, City Square Mall dan Clementi Mall.

Antara hidangan paling popular ialah nasi Padang yang lengkap dengan lauk-pauk seperti rendang daging, ayam goreng berempah dan sambal sotong.

Lontong, hidangan santapan pagi yang terdiri daripada nasi himpit, kuah lodeh, sayur rebus, dan sambal, juga menjadi kegemaran.

Di Kopitiam Parkway Parade, pelanggan boleh menikmati hidangan itu dalam suasana yang selesa dengan hiasan dalaman yang cantik.

Alamat: 80 Marine Parade Road. #B1-85 Parkway Parade, Kopitiam Food Hall, Singapura 449269

Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 10 pagi hingga 9 malam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg