Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rumah Makan Minang buka cawangan ketiga di Jurong

May 23, 2025 | 3:17 PM
rumah makan minang, hazmi zin, jurong
Pengarah urusan dan pemilik generasi ketiga Rumah Makan Minang, Encik Hazmi Zin, semasa pembukaan cawangan ketiga di Jurong pada 25 April. - Foto INSTAGRAM MINANG.SG

Rumah Makan Minang, yang terkenal dengan masakan Minangkabau, kini melebarkan sayapnya ke barat Singapura dengan membuka cawangan ketiga di 60 Jurong West Central 3.

Mereka turut mempunyai cawangan di daerah timur Singapura iaitu di Our Tampines Hub dan di tengah Singapura iaitu di Kandahar Street.

Ia memudahkan pelanggan dari seluruh negara datang ke Rumah Makan Minang untuk menikmati hidangan tradisional yang diwarisi turun-temurun selama tiga generasi.

“Kami memang sudah lama mahu buka cawangan di sebelah barat.

“Ramai pelanggan kami sanggup datang jauh ke cawangan utama kami di Kandahar Street.

“Jadi, ini masa yang terbaik untuk kami berada lebih dekat dengan mereka,” ujar pengarah urusan dan pemilik generasi ketiga Rumah Makan Minang, Encik Hazmi Zin.

Rumah Makan Minang berpegang teguh pada prinsip mengekalkan keaslian rasa dalam hidangan mereka.

“Kami tidak mengejar trend. Nasi Padang ialah hidangan yang kita makan setiap hari di rumah.

“Fokus kami adalah untuk mengekalkan keasliannya, memastikan rasa yang dihidangkan sejak dahulu tetap tidak berubah,” jelas Encik Hazmi.

Antara hidangan istimewa yang menjadi kegemaran ramai termasuk rendang daging yang dimasak perlahan selama berjam-jam menggunakan rempah tradisional, sambal lada hijau yang pedas dan harum, serta ayam bakar Padang yang diperap dengan kunyit dan rempah-ratus sebelum dipanggang sempurna.

“Rendang mengambil masa berjam-jam untuk disiapkan, daripada mengisar rempah secara manual, mengacau perlahan di atas api kecil sehingga daging menyerap kesemua rempah itu,” kata beliau.

Cawangan baru di Jurong turut menampilkan suasana bertemakan estetik Indonesia yang memberikan pengalaman autentik kepada pelanggan.

Dalam usaha menjaga mutu, Encik Hazmi tegas tidak mahu mengembangkan perniagaan secara berlebihan.

“Kami memilih lokasi berdasarkan dari mana pelanggan kami datang.

“Ini membolehkan kami memastikan mutu makanan sentiasa terjaga dan warisan rasa Minangkabau kekal hidup,” katanya.

Alamat: 60 Jurong West Central 3, #01-05, Singapura 648346

Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 9.30 pagi hingga 8 malam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg