Ibu 4 anak asah kemahiran, ambil pesanan masakan Filipina
Pengguna Berdaftar
Ibu 4 anak asah kemahiran, ambil pesanan masakan Filipina
Mila’s Kitchen penuhi cita rasa pelanggan yang ingin kelainan rasa sajian dari rumah
Sep 28, 2024 | 5:30 AM
Cik Mila Ricafort Pontanilla (kanan), minat memasak dan telah memulakan perniagaan dari rumah (HBB), Mila’s Kitchen, pada 2021 yang menjual masakan halal Filipina. Bersama dalam gambar ialah suaminya, Encik Ismail Abdul Kadir dan anak mereka, Mikhail Ricafort Ismail. - Foto ihsan MILA RICAFORT PONTANILLA
Bayangkan aroma daging lembu yang menyelerakan di dalam kuali panas atau bau pencuci mulut, flan karamel menusuk ke hidung.
Jika anda menjejakkan kaki ke ruang dapur Cik Mila Ricafort Pontanilla pada hujung minggu, hidangan itulah yang disiapkan bagi memenuhi tempahan daripada pelanggan.
Laporan berkaitan
Persamaan masakan, budaya Melayu dan FilipinaSep 27, 2024 | 11:36 AM
Kisah cinta satukan budaya Filipina, Melayu di Nanay’s KitchenSep 27, 2024 | 11:03 AM

