Musim cuti sekolah Jun sudah tiba dan bagi sesiapa yang mencari idea untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga atau rakan-rakan, Kaki Makan tampil dengan beberapa cadangan tempat makan menarik yang bukan sahaja menawarkan hidangan lazat, malah boleh digabungkan dengan pelbagai kegiatan, di sekitar Singapura.

The Mad Sailors

Jenama The Mad Sailors oleh The Black Hole Group terkenal dengan hidangan ikan dan kentang goreng, fish and chips.

Selepas menutup restorannya di Haji Lane pada 2022, kemunculan semula jenama ini pada Mei disambut baik pelanggan yang merindui hidangan mereka.

Bagi sesiapa yang ingin meluangkan masa meneroka kawasan Kampong Gelam, Arab Street dan Haji Lane, The Mad Sailors boleh menjadi lokasi persinggahan untuk makan tengah hari atau makan malam.

Antara tarikan utama The Mad Sailors ialah kentang dipotong menggunakan tangan yang kemudian dimasak tiga kali.

Pilihan ikan hoke, yang berharga $15.90, menawarkan isi ikan yang lembut dan ringan; manakala ikan halibut, ($18.90), pula mempunyai tekstur lebih pejal dengan rasa sedikit berlemak.

Hidangan fish and chips boleh dipadankan bersama kubis Brussel ($8.90), yang digoreng rangup dengan sos balsamic; sup kerang berkrim, clam chowder ($9.90); serta puding kastard pisang, Banana Custard Pudding, ($8.90), sebagai pencuci mulut.

Alamat: 778 North Bridge Road, Singapura 198746

GENI

Set nasi campur atau NASCAM Garing Kalimatan Sambal, $11.90.
Set nasi campur atau NASCAM Garing Kalimatan Sambal, $11.90. - Foto ihsan GENI
Nasi Mangkreng Ayam Bakar, $35 untuk dua orang. Setiap set Nasi Mangkreng dipadankan dengan pelbagai lauk sampingan seperti babat goreng Madura, udang sambal Kalimantan, lemak pucuk paku, urap timun, ulam raja, ikan kering dan sambal belacan mangga.
Nasi Mangkreng Ayam Bakar, $35 untuk dua orang. Setiap set Nasi Mangkreng dipadankan dengan pelbagai lauk sampingan seperti babat goreng Madura, udang sambal Kalimantan, lemak pucuk paku, urap timun, ulam raja, ikan kering dan sambal belacan mangga. - Foto Instagram oleh DUOEATS.SG

Diasaskan dua bekas cef The Black Hole Group, Cef Muhammad Zulfadli Normedi dan Cef Muhammad Fadzil Abdul Kadir, GENI mengetengahkan konsep masakan Melayu dengan cita rasa Nusantara.

Makanan mereka sesuai dijadikan santapan keluarga di rumah, perkelahan atau jamuan kecil bersama rakan-rakan kerana kebanyakan hidangan direka untuk dikongsi.

Antara yang menarik ialah nasi campur NASCAM Garing Madura Fried Tripe, $10.90 yang menampilkan babat lembu Madura yang digoreng sehingga rangup keemasan.

Mereka yang mahukan pilihan tanpa daging boleh mencuba NASCAM Garing Jackfruit Gudeg $11.90. Hidangan ini menampilkan nangka muda yang dimasak perlahan bersama rempah gudeg yang terkenal dengan masakan Jawa.

Namun, tarikan utama GENI terletak pada hidangan Nasi Mangkreng yang direka untuk dikongsi bersama ramai dengan pilihan untuk dua dan empat orang.

Set Nasi Mangkreng Iga Opor Hijau, $47, mempunyai iga atau tulang rusuk lembu yang dimasak dalam kuah opor hijau berlemak.

Setiap set Nasi Mangkreng dipadankan dengan pelbagai lauk sampingan seperti babat goreng Madura, udang sambal Kalimantan, lemak pucuk paku, urap timun, ulam raja, ikan kering dan sambal belacan mangga.Terdapat pilihan Nasi Mangkreng lain seperti ayam bakar $35 dan ikan bakar Jimbaran $42.

GENI boleh dipesan melalui Instagram, menerusi link yang dimuat naik.

The Meatery

Wagyu Yakiniku Set, $88 dengan pelbagai potongan wagyu premium seperti Tokujo Karubi, Kainomi dan Ichibo, lengkap dengan sos pencicah dan perasa
Wagyu Yakiniku Set, $88 dengan pelbagai potongan wagyu premium seperti Tokujo Karubi, Kainomi dan Ichibo, lengkap dengan sos pencicah dan perasa - Foto ihsan THE MEATERY

Jika anda merancang berkelah di pantai bersama keluarga atau rakan-rakan sempena cuti sekolah ini, The Meatery menawarkan pengalaman yakiniku yang boleh dinikmati di rumah, taman atau pantai.

Wagyu Yakiniku Set, $88 yang sesuai untuk tiga hingga empat orang didatangkan dengan pelbagai potongan wagyu premium seperti Tokujo Karubi, Kainomi dan Ichibo, lengkap dengan sos pencicah dan perasa.

Hanya guna pemanggang yang sedia ada di rumah atau gril pakai buang yang boleh dipesan di platform e-dagang seperti Shopee dan nikmati pengalaman memanggang daging segar di lokasi pilihan.

Yakiniku boleh dipadankan dengan nasi Jepun, cendawan, zucchini atau lada benggala untuk hidangan yang lebih lengkap dan memuaskan. Harga set yakiniku dijual pada harga serendah $48.

Alamat: 10 Jalan Gelenggang, Singapura 578191

Pocketza by The Fluffy Chef

Panuozzo atau sandwic yang menampilkan Cheesy Chicken Parmesan, $13 yang mengandungi sos pomodoro, keju mozzarella, keju parmesan, ayam goreng dan arugula.
Panuozzo atau sandwic yang menampilkan Cheesy Chicken Parmesan, $13 yang mengandungi sos pomodoro, keju mozzarella, keju parmesan, ayam goreng dan arugula. - Foto ihsan POCKETZA
Rendang Dendang, $13, yang menggabungkan rendang daging kisar bersama keju mozzarella
Rendang Dendang, $13, yang menggabungkan rendang daging kisar bersama keju mozzarella - Foto ihsan POCKETZA

Selepas menutup kedai fizikal The Fluffy Chef pada Februari lalu, pemiliknya, Cik Zarifah Abdul Rashid, kembali dengan konsep baharu dikenali sebagai Pocketza. Buat masa ini, beliau menjalankan ‘pop-up’ di Curbside Crafters sehingga 4 Julai sambil mencari lokasi tetap untuk perniagaan tersebut.

Menariknya, Pocketza lahir hasil permintaan pelanggan setia yang merindui piza sourdough.

Idea Pocketza sebenarnya diperkenalkan sejak dua tahun lalu ketika Bazar Ramadan Kampong Glam dan menerima sambutan menggalakkan.

Bagi mereka yang merancang berkelah di taman seperti East Coast Park atau Gardens by the Bay, Pocketza boleh dijadikan pilihan makanan mudah dibawa.

Saiznya kompak memudahkan ia dinikmati ketika beriadah tanpa perlu menggunakan pinggan atau peralatan tambahan.

Antara pilihan menarik termasuk Rendang Dendang, $13, yang menggabungkan rendang daging kisar bersama keju mozzarella, Spicy Chicken Arrabiata, $12 yang pedas, serta Pesto Burrata, $12 yang rasanya lebih segar dengan gabungan pesto, arugula dan burrata.

Selain itu, pengunjung boleh mencuba piza 11 inci, Panuzzo Loaded Beef, $15, atau piza sourdough seperti Truffle Brisket, $16, dan Honey Pepperoni, $14.

Alamat: 730 North Bridge Road, Singapura 198698

Woodlands Sourdough

Pemilik Woodlands Sourdough, Cik Nurhasanah Johari dan Encik Chalith Kariyawasam sedang menyiapkan pelbagai jenis roti seperti roti sourdough dan croissant sourdough.
Pemilik Woodlands Sourdough, Cik Nurhasanah Johari dan Encik Chalith Kariyawasam sedang menyiapkan pelbagai jenis roti seperti roti sourdough dan croissant sourdough. - Foto ihsan oleh NOORSHIDDAH KHAIRUL AHMAD
Hazelnut Brownies, Spelt Lime Buttermilk Cake dan Banana Bread (kiri) , dan Sourdough Smoked Cheddar (kanan).
Hazelnut Brownies, Spelt Lime Buttermilk Cake dan Banana Bread (kiri) , dan Sourdough Smoked Cheddar (kanan). - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Kopi Iced Honeycomb Oat Latte.
Kopi Iced Honeycomb Oat Latte. - Foto Instagram oleh FOODIE.MAT

Setelah pendakian di MacRitchie Reservoir pelanggan boleh menikmati sarapan lewat pagi atau brunch di Woodlands Sourdough.

Terletak di Upper Thomson Road, kedai ini terkenal dalam kalangan peminat sourdough. Ia diasaskan pasangan suami isteri, Encik Chalith Kariyawasam dan Cik Nurhasanah Johari, yang meninggalkan kerjaya sebagai jurutera untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada dunia pembuatan roti.

Walaupun tidak menyediakan ruang makan, pelbagai pilihan bakeri boleh dibawa pulang atau dinikmati di kawasan sekitar.

Selain roti sourdough klasik, pelanggan boleh menemui pilihan bermusim seperti Palestinian Medjool Date Cake with Labneh Frosting, Zaatar Cheese Croissant, Berry Cookie dan Lime Buttermilk Bundt Cake.

Mereka juga menawarkan sandwic sourdough, croissant sourdough dan Iced Honeycomb Oat Latte yang sesuai dinikmati selepas berjalan kaki di MacRitchie. Harga di Woodlands Sourdough bermula dari $4 ke atas.

Alamat: 183 Upper Thomson Road, #01-03, Singapura 574332

Factory Block di New Bahru

New Bahru Factory yang terletak di New Bahru terletak dalam bangunan bekas sekolah Nan Chiau High School yang dipulihara. Terdapat pelbagai jenama gaya hidup dan F&B tempatan.
New Bahru Factory yang terletak di New Bahru terletak dalam bangunan bekas sekolah Nan Chiau High School yang dipulihara. Terdapat pelbagai jenama gaya hidup dan F&B tempatan. - Foto ihsan NEW BAHRU

New Bahru menawarkan pengalaman makan dan aktiviti dalam satu tempat. Ia terletak dalam bangunan bekas sekolah Nan Chiau High School yang dipulihara, kawasan ini menempatkan pelbagai jenama kreatif, butik tempatan dan pilihan makanan Halal.

Pengasas Kulon dan Ono Ramen, Encik Haris Ahmad bersamanya ibunya Cik Wati Abdul Khamid.
Pengasas Kulon dan Ono Ramen, Encik Haris Ahmad bersamanya ibunya Cik Wati Abdul Khamid. - Foto ihsan NEW BAHRU
Hidangan Bakmi Sambal Merah di Kulon.
Hidangan Bakmi Sambal Merah di Kulon. - Foto ihsan NEW BAHRU

Antara yang menarik ialah Kulon Bakmi. Jenama terkenal yang bertapak di Bali Lane ini terkenal dengan bakmi Indonesia yang mempunyai mi kenyal dan mempunyai gigitan memuaskan.

Pilihan seperti Bakmi Bangka, $8.90, Bakmi Sambal Merah, $10.50, Bakmi Katsu, $9.20 dan Bakmi Tempe, $8.90 menawarkan hidangan ringkas tetapi memuaskan.

Adik-beradik di sebalik Rumah Makan Minang, Encik Mohd Nazri Mohd Zin, Encik Mohd Hazmi Mohd Zin, dan Encik Mohd Ariff Mohd Zin.
Adik-beradik di sebalik Rumah Makan Minang, Encik Mohd Nazri Mohd Zin, Encik Mohd Hazmi Mohd Zin, dan Encik Mohd Ariff Mohd Zin. - Foto ihsan NEW BAHRU
Hidangan moden dan mudah untuk menikmati nasi padang dengan Padang Wrap menggabungkan nasi perang dan merah bersama bahan-bahan lain dan kuah gulai dalam format mudah dibawa.
Hidangan moden dan mudah untuk menikmati nasi padang dengan Padang Wrap menggabungkan nasi perang dan merah bersama bahan-bahan lain dan kuah gulai dalam format mudah dibawa. - Foto ihsan KIOS MINANG

Turut berada di Factory Block ialah Kios Minang, jenama di bawah Rumah Makan Minang yang telah bertapak sejak 1954. Dikendalikan generasi kedua, Cef Ariff Zin, konsep di sini lebih moden dan sesuai untuk pelanggan yang mahukan hidangan cepat.

Set Nasi Padang $12 didatangkan dengan nasi, pilihan protein, sayur, lauk sampingan, sambal belacan dan emping.

Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang berbeza, Padang Wrap, $12 menggabungkan nasi perang dan merah bersama bahan-bahan segar dalam format mudah dibawa.

Selepas makan, pengunjung boleh meneroka pelbagai kedai gaya hidup dan jenama tempatan yang terdapat di sekitar New Bahru.

Alamat: 58 Kim Yam Road, Singapura 239359 (New Bahru, Factory Block)