SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Juadah tradisional, baru tarikan bazar Bandar Baru Uda di JB

Juadah tradisional, baru tarikan bazar Bandar Baru Uda di JB

Bazar Ramadan turut dapat perhatian pengunjung dari S’pura
Mar 21, 2025 | 8:18 AM

Juadah tradisional, baru tarikan bazar Bandar Baru Uda di JB

Bazar Ramadan Bandar Baru Uda
Pelanggan mengunjungi Bazar Ramadan Bandar Baru Uda di Johor Bahru bagi mencari makanan dan minuman untuk berbuka puasa. - Foto BH oleh KHALID BABA

Bazar Ramadan Bandar Baru Uda di Jalan Padi Ria menjadi tumpuan pengunjung dengan pelbagai pilihan juadah tradisional dan juga makanan ‘baru’.

Bazar itu menarik pengunjung dari Johor dan Singapura, terutama pada Ramadan.

Lawatan Kaki Makan Berita Harian ke bazar itu baru-baru ini mendapati pelbagai pilihan makanan seperti lemang dengan rendang, donut susu, air tembikai, popia goreng, kuih keria, ‘roti john’, ayam percik dan banyak lagi pasti memikat selera.

Selain itu, hidangan tradisional seperti ‘Murtabak Kampung Melayu Warisan’, air katira dan nasi kerabu menjadi kegemaran.

Ramai berhimpun ke bazar demi mencari makanan dan minuman yang sesuai untuk berbuka puasa.

Di samping itu, bazar Bandar Baru Uda juga berhampiran dengan masjid dan memudahkan pengunjung untuk menunaikan solat, menjadikannya tempat yang sesuai untuk berbuka puasa.

Alamat: Jalan Padi Ria, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg