Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

NAK BUAT APA?

Kayuh basikal di CBD, rai kebaya antara kegiatan menarik

Mar 15, 2024 | 05:30 AM



Bebas kereta pada Ahad

Pada 17 Mac, orang ramai bebas berjalan, berlari dan mengayuh di beberapa jalan raya di Kawasan Sivik dan Kawasan Pusat Bandar (CBD) apabila acara Bebas Kereta pada Ahad kembali selepas empat tahun dihentikan. Acara itu akan diadakan dari 8 pagi hingga 2 petang dengan beberapa jalan raya ditutup kepada trafik dari 8 hingga 11 pagi. Pengunjung boleh mencuba kegiatan luncur dan ‘aeromodelling’ di dua ruang acara sepanjang St Andrew’s Road dan Esplanade Drive. Sertai juga kegiatan lain antaranya, seni pemasangan, permainan pendidikan, senaman ‘piloxing’ beramai-ramai dan jalan berpandu bagi Jejak Pokok Kawasan Sivik. Perusahaan sosial, Singapore Fashion Runway (SFR), yang menyokong golongan berkeperluan khas atau kumpulan memerlukan akan melancarkan koleksi Gerakan Aktif yang merangkumi antaranya, kemeja-T, topi dan beg yang akan diperagakan oleh belia SFR dan boleh dibeli melalui laman web SFR. Basikal tersedia untuk disewa pada hari itu. Layari laman web, carfreesunday2024.sg, untuk maklumat lanjut.

Tarikh: 17 Mac


Waktu: 8 pagi hingga 2 petang


Tempat: Kawasan Sivik dan Kawasan Pusat Bandar (CBD)


Ekspo Haiwan Peliharaan

Pemilik haiwan peliharaan boleh mengunjungi acara Ekspo Haiwan Peliharaan yang bakal meraikan ulang tahun ke-10 pada hujung minggu ini. Acara pada 2024 itu menawarkan lebih 200 jenama dan 128 pempamer berbanding 90 pempamer pada 2023. Antara rakan kongsi utama acara itu adalah B2K Pet Care, Silversky, Yappy Pets, Pet Cubes, dan Howlistic Life. Buat julung-julung kali, pengunjung boleh menikmati aneka jenis juadah yang dijual di trak makanan. Upacara memotong kek akan diadakan pada 15 Mac bagi meraikan ulang tahun ekspo yang ke-10. Terdapat juga gerai gambar, gerai belon dan lukisan karikatur serta cabutan bertuah pada setiap hari pada 7 malam yang disediakan buat pengunjung. Acara kali ini turut menyediakan Zon Akua, khusus untuk penggemar haiwan akuatik. Layari laman web, petexposg.com, untuk maklumat lanjut.

Tarikh: 15 hingga 17 Mac, Jumaat hingga Ahad
Waktu: 11 pagi hingga 8 malam pada Jumaat; 10 pagi hingga 8 malam pada Sabtu dan Ahad.
Tempat: Dewan Ekspo Singapura 5B dan 6, 1 Expo Drive Singapura 486150
Bayaran masuk: $5 (dalam talian) $6 (kaunter) setiap hari; $12 (dalam talian) $14 (kaunter) untuk pas tiga hari
Masuk percuma untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Haiwan peliharaan boleh dibawa masuk.


Pameran Love, Kebaya

Love, Kebaya adalah satu pameran jelajah yang mengajak anda mengenali busana kebaya. Pameran itu memaparkan kepentingan busana kebaya di wilayah ini yang berkongsi identiti kebudayaan dan warisan. Ia mewakili Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand bagi kebaya buat Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).


Tarikh: 11 hingga 31 Mac


Waktu: Sepanjang hari


Tempat: One Punggol


Bayaran masuk: Percuma


Sesi bercerita di Muzium Kanak-kanak Singapura

Ikuti sesi bercerita di Muzium Kanak-kanak pada hujung minggu ini. Pada 14 Mac, seniman aneka disiplin, Project Awesome, mempersembahkan sesi bercerita tentang wanita yang membawa perbezaan: Forest Guardians (Penjaga Hutan). Sesi bercerita itu mengisahkan Sandy dan Mindy, penjaga hutan, yang mempunyai keupayaan ajaib untuk mengumpul rahsia alam sekitar. Kemudian, pada 15 Mac, penulis dan pelukis, Sarah Ang, akan menceritakan tentang bukunya, The River That Brings Us Life (Sungai Yang Membawa Kita Kehidupan). Kanak-kanak boleh menyanyi sama dalam sesi bercerita . Sesuai untuk kanak-kanak berusia lima hingga sembilan tahun. Layari laman web, https://bh.sg/forest atau https://bh.sg/river untuk maklumat lanjut.


Tarikh: 14 Mac (Sesi bercerita tentang wanita yang membawa perbezaan: Forest Guardians) dan 15 Mac (The River That Brings Us Life)


Waktu: 2.30 petang dan 4.30 petang


Bayaran masuk: Percuma, penyertaan berdasarkan yang dahulu didahulukan


DiscovHER 2024: Inspiring the NeXXt Generation di Pusat Sains Singapura

Pusat Sains Singapura melancarkan acara, DiscovHER 2024: Inspiring the NeXXt Generation, satu siri yang merangkumi bengkel, kegiatan dan persembahan yang mempromosikan kepelbagaian jantina dan keterangkuman dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (Stem). Acara itu diadakan sempena sambutan Hari Antarabangsa Wanita dan Gadis dalam Sains. Sejajar dengan tema, ‘Stem untuk Perubahan Masyarakat’, Pusat Sains Singapura komited memupuk budaya memperkasa pengunjung dengan pengetahuan dan kemahiran bagi membawa kesan positif dalam masyarakat. Pengunjung berpeluang mengalami pelbagai kegiatan seperti menghadapi mikroorganisma secara dekat, meneroka jenis sisa makanan berbeza dan membuat tembikar hiasan daripada bahan sisa.


Tarikh: 8 hingga 17 Mac


Waktu: Antara 10.30 pagi dengan 4.30 petang


Tempat: Pelbagai lokasi di Pusat Sains Singapura


Bayaran masuk: Percuma dengan tiket Pusat Sains Singapura


Karnival Kebahagiaan Timezone

Pada 10 hingga 17 Mac ini, Timezone Singapura mengadakan, ‘Tawaran Dolar Berganda’, di mana tetamu boleh menikmati kredit berganda dengan memuat naik semula aplikasi Fun. Sertai juga Karnival Kebahagiaan (Happiness Carnival) pada 16 dan 17 Mac ini di Timezone Jurong Point dan Marina Square yang menawarkan gerai permainan dan makanan.

Tarikh: 10 hingga 17 Mac


Waktu: Mulai 11 pagi


Tempat: Timezone Jurong Point dan Marina Square (Karnival Kebahagiaan) dan semua Timezone (Tawaran Dolar Berganda)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >