Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kisah ‘klik’ remaja, fantasi galaksi penambat hati

Jan 03, 2024 | 03:35 PM



Pelakon remaja, Lexy Kolker, adalah antara bintang yang diundang bagi sesi pratonton awal filem Mean Girls (Edisi 2024), di Studio Paramount Pictures, pada lewat Disember lalu.


Filem muzikal komedi remaja arahan Samantha Jayne dan Arturo Perez Jr. ini adalah berdasarkan naskhah filem tulisan Tina Fey.

Ia juga mengikut jalan cerita muzikal Broadway yang kemudian diubah menjadi filem komedi arahan Mark Waters pada 2004.

Barisan pelakon terdiri daripada Angourie Rice, Reneé Rapp, Auli’i Cravalho, dan Christopher Briney, sementara Fey dan Tim Meadows pula menghidupkan kembali peranan yang mereka bawa dalam filem asal.

Filem yang akan ditayangkan di pawagam setempat pada 12 Januari ini, mengisahkan tentang pelajar baru, Cady Heron, yang diundang untuk menyertai kumpulan elit yang dianggotai gadis terkenal yang dipanggil Plastics. Ketua mereka adalah Regina George.

Cady mengalami masalah besar apabila terjatuh hati dengan bekas teman lelaki Regina.

Dalam pada itu, filem drama fantasi Netflix, Rebel Moon - Part One: A Child of Fire, turut mengadakan sesi pratonton buat artis Hollywood lewat Disember lalu.


Drama ini menceritakan tentang galaksi yang diancam bahaya tentera kelompok kejam Regent Balisarius. Seorang wanita muda dengan kisah silam penuh misteri ditugaskan untuk menjejak perwira daripada planet negara jiran untuk membantu mereka memperjuangkan misi yang terbentang.


Filem ini diarah Zack Snyder dan dilakonkan Charlie Hunnam, Sofia Boutella, Anthony Hopkins, Ed Skrein, Alfonso Herrera dan Jena Malone.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >