Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Konsert Deep Purple kini ditukar ke The Star

Apr 17, 2024 | 05:03 PM



Konsert rok band legenda, Deep Purple, yang awalnya dirancang berlangsung di Taman Fort Canning pada 1 Mei telah diubah lokasinya ke Teater The Star di Buona Vista.

Demikian diumumkan penganjur konsert berkenaan, LAMC Productions, dalam satu e-mel.

Deep Purple yang terdiri daripada lima anggota akan kembali ke Singapura bagi membuka tirai siri konsert rok, Rockfest 2024, pada Mei.

Band lain yang akan membuat persembahan pada hari dan di lokasi berbeza termasuk Yngwie Malmsteen, Marty Friedman, dan All Time Low.

Yngwie Malmsteen dan Marty Friedman akan menyajikan konsert rok mereka pada 2 Mei di Panggung Capitol manakala All Time Low pula akan mengadakan konsert mereka pada 5 Mei di Taman Fort Canning bersama kumpulan setempat, Iman’s League.

Tiket bagi konsert Rockfest 2024 sudah mula dijual pada 16 Februari menerusi wadah jualan tiket Sistic.

Deep Purple terkenal kerana lagu rok ikonik seperti, Smoke On The Water (1972) dan Child In Time (1970).


Kali terakhir mereka mengadakan konsert di Singapura ialah pada 2013 di Teater The Star.

Ditubuhkan di London pada 1967, Deep Purple merupakan band yang mentakrifkan genre muzik ‘hard rock’ dan ‘heavy metal’ serta mempengaruhi banyak band yang muncul selepas itu.

Mereka merupakan band yang kemudian disertakan dalam Dewan Kemasyhuran Rock & Roll pada 2016.

Band ini diterajui pemain dram, Ian Paice, 75 tahun, satu-satunya anggota asal band ini yang masih aktif dalam persada seni manakala penyanyi Ian Gillian dan pemain bes Roger Glover, kededuanya 78 tahun, menyertai band ini pada 1969.

Deep Purple telah mengeluarkan 22 album dengan yang terkini adalah Turning To Crime, yang merupakan koleksi lagu ‘cover’ yang dikeluarkan pada 2021.


Tiket $188 boleh ditempah di laman, kaunter dan talian Sistic.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >