Topic followed successfully
Go to BHkuLebih 250 pembaca mula belayar dalam ‘Cruise Healing’ pertama BH
Lebih 250 pembaca mula belayar dalam ‘Cruise Healing’ pertama BH
Lebih 250 pembaca mula belayar dalam ‘Cruise Healing’ pertama BH
Berita Harian (BH) menyambut lebih 250 pembaca dalam pelayaran pertamanya bersama Genting Dream, yang bermula pada 26 April.
Dinamakan ‘Cruise Healing’, pelayaran tiga hari dua malam itu menyaksikan suasana riang sebaik peserta melangkah masuk kapal persiaran tersebut, dengan sebahagian daripada mereka belayar buat kali pertama.
Ini merupakan kali pertama BH mengadakan program seumpamanya.
Ia merupakan sebahagian daripada usaha ruangan pelancongan dalam Berita Minggu, yang dinamakan Kaki Jalan, untuk mendekati masyarakat melangkaui ruang akhbar fizikal.
Kapal persiaran tersebut bertolak sekitar 8 malam dari Singapura menuju ke Melaka.
Pada sebelah malam, peserta berhibur dalam acara pengenalan bersama tiga personaliti yang mendampingi pelayaran ini.
Mereka ialah penyanyi yang juga pelakon, pengacara dan pelawak dari Malaysia, Elly Mazlein, atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom; personaliti terkenal Singapura, Suhaimi Yusof; serta mantan Timbalan Mufti Singapura, Ustaz Dr Hannan Hassan.
