Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Pho-nomena’ sajian Vietnam

Rasa cinta bakar idea perkenal hidangan Vietnam bermutu
Nov 04, 2023 | 05:31 AM



Terdapat sebuah restoran yang terletak di 46 Kandahar Street, yang telah menjadi pilihan utama bagi pencinta makanan Vietnam halal di Singapura.







Bistro Eminami Halal Vietnam dikenali dengan hidangan, Pho Bo Signature.


Sup berperisa daging yang dihidang dengan mi daripada tepung beras itu memberikan kesegaran. Ia merupakan hidangan paling popular di Bistro Eminami Halal Vietnam.

Restoran itu adalah atas hasil cinta pemilik restoran, Cik Emina Abdullah atau nama sebenarnya, Dinh Thi Be dan Encik Muhammad Khairil Samsi, apabila mereka bertemu di Singapura pada 2015.

“Saya bertemu dengan Emina melalui seorang kawan dan pada pandangan pertama, saya tahu yang saya ingin menikahinya,” dedah Encik Muhammad Khairil, 43 tahun.

Dengan hasrat ingin mendirikan rumah tangga, Cik Emina mula menghadiri kursus agama.

“Selepas saya memeluk agama Islam, saya menelefon Khairil dan berkongsi bahawa saya sedia untuk berkahwin,” singkap Cik Emina, 35 tahun, sambil tersenyum.

Selepas mendirikan rumah tangga, Cik Emina berpindah ke Singapura pada 2016 dan berhasrat ingin kongsi masakan Vietnam kepada masyarakat Islam di Singapura.

“Saya mula memasak dan menjual hidangan Vietnam sebagai perniagaan dari rumah (HBB),” kata Cik Emina yang belajar memasak daripada ibunya seawal usia tujuh tahun.

Permintaan tinggi bagi hidangan pho (sejenis sup Vietnam) yang menggunakan kaedah tradisional dan bahan-bahan tulen, mendorong syarikat Bistro Eminami membuka gerai di Pusat Penjaja Old Airport Road pada 2021.


“Dengan sokongan dan permintaan yang tinggi, kami akhirnya membuka restoran di daerah Kampong Gelam.

“Ini setelah kami mendapat tahu ada satu unit kosong yang sesuai untuk kami,” kata Encik Muhammad Khairil yang membuka restoran itu pada Mac 2023.

Bistro Eminami telah melabur lebih $200,000 untuk merealisasikan impian tersebut. Antara cabaran yang dilalui ialah proses ubah elok yang perlu dilakukan semula, disebabkan unit yang diberikan merupakan sebuah pejabat.

Demi memastikan rasa sup itu mantap, Cik Emina dan ketua cef akan memasak sup menggunakan 10 kilogram daging dan juga tulangnya untuk direbus pada suhu rendah selama 12 hingga 20 jam.

Walaupun rasa daging dalam sup itu begitu kuat, mereka tidak menggunakan sebarang bahan pengawet dalam masakan.


“Setiap hari kami akan menjual 80 hingga 100 mangkuk pho,” ujar Cik Emina.


Encik Muhammad Khairil turut menambah: “Peralatan yang digunakan di dapur seperti periuk turut diimport terus dari Vietnam.

“Selain itu, kami juga mengimport sos-sos dari sana sebab kebanyakannya di Singapura tidak mempunyai sijil halal.”

Dengan membeli bahan-bahan dari Vietnam, mereka turut menyokong perkembangan industri halal di Vietnam serta masyarakat Muslim di sana.

Cik Emina turut gembira dengan adanya Bistro Eminami, ia memberi beliau peluang untuk bereksperimen memasak hidangan baru.

Oleh sebab itu, beliau boleh menghasilkan menu baru setiap bulan tanpa sebarang masalah.

“Kalau di Pusat Penjaja Old Airport Road, saya perlu memberitahu pengurus di sana hasrat ingin memperkenalkan menu baru,” singkap Cik Emina.

Lain pula halnya di tempat mereka kini iaitu di Kandahar Street.

“Kami akan menyajikan hidangan Vietnam yang lebih pelbagai,” kata Encik Muhammad Khairil mengenai unit lokasi terkini yang akan diluaskan ke tingkat dua pada November.

Berbekal dedikasi, semangat dan rasa cinta terhadap hidangan Vietnam yang tidak pudar, pasangan suami isteri itu berharap dapat terus berkongsi kelazatan hidangan Vietnam dengan seluruh masyarakat Singapura – tidak terhad hanya kepada pelanggan beragama Islam sahaja.

  • Alamat: 46 Kandahar Street, Singapura 198898
  • Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad, 10 pagi hingga 10 malam



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >