Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tekad sambung legasi niaga keluarga dari Vietnam ke S’pura

Nov 04, 2023 | 05:30 AM



Rindu dengan makanan dan suasana kampungnya di Vietnam, Cik Aira Pham mengajak suaminya, Encik Fahmy Nasir, dari Singapura untuk membuka gerai kecil di 6 Clementi Road untuk menjual hidangan Vietnam pada 2020.

Berjinak-jinak dengan perniagaan kecil dahulu, kedainya Pham Quyen juga turut menyiapkan kerusi dan meja kecil bagi pengunjung, menawarkan pengalaman serupa seperti di Vietnam.







Tanpa disangka, meskipun kedudukan kedainya agak terpencil dan tersorok, ia mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada penduduk Singapura. 







Dalam masa dua tahun, mereka telah berpindah ke lokasi yang lebih besar di 440 Pasir Panjang Road pada 2021 dan kemudian membuka cawangan kedua di 308 Bedok Road pada Julai 2023.

Selain kerja keras pemilik, perkembangan dan kemajuan perniagaan itu juga adalah hasil sokongan dan minat rakyat Singapura terhadap makanan Vietnam.

“Pada awalnya, kami mula menjual melalui perniagaan dari rumah pada 2019 dan dengan sokongan keluarga dan juga pelanggan, kami membuka gerai kecil pertama dan mula berkembang,” kongsi Encik Fahmy, 35 tahun, kepada Berita Harian ketika ditemui baru-baru ini.


Apabila ditanya apakah mungkin daya tarikan orang ramai kepada sajian Vietnam, Encik Fahmy menjawab:

“Makanan kami sihat dan berkhasiat. Kami tidak menggunakan MSG (monosodium glutamat). Apabila pelanggan datang, mereka dapat lihat bahawa bahan-bahan kami semuanya segar dan kami buat sendiri.

“Itu adalah antara maklum balas pelanggan yang suka makanan kami kerana sayur-sayuran kami semuanya segar.”

Bagi memastikan sajian di Pham Quyen sama seperti hidangan di Vietnam, pasangan itu berkongsi bahawa hampir 90 peratus bahan-bahan masakan mereka diimport dari Vietnam.

“Kami menerima barangan hantaran sehingga tiga kali seminggu supaya sayur-sayuran dan herba yang digunakan dalam masakan kami sentiasa segar.

“Bahan makanan laut juga kami dapat segar setiap pagi,” jelas Encik Fahmy, bapa empat anak berusia antara setahun dengan 12 tahun.

Antara hidangan popular restoran itu adalah sandwic Vietnam, bahn mi. Bentuk rotinya mirip dengan roti Perancis namun lebih lembut dan garing.


“Tepung roti untuk buat bahn mi pun kami import dari Vietnam walaupun ia lebih mahal daripada membeli tepung biasa di Singapura,” ujar Cik Aira, yang telah ke Singapura sejak 2008 untuk bekerja.


Sandwic bahn mi mereka padat dengan daging ayam atau lembu dan tidak lokek dengan sayur dan herba.


Maka itu, ia sesuai sebagai santapan segar dan mengenyangkan.







Dalam sehari, restoran itu membakar sekurang-kurangnya 400 roti bahn mi dan separuh daripadanya akan dihantar ke cawangan restoran di Pasir Panjang.


Encik Fahmy menerangkan mereka mengambil sekitar empat jam untuk membakar semua roti-rotinya.

Oleh kerana mereka membakar roti bahn mi itu sendiri, mereka telah menyuntik daya kreativiti dalam membentuk roti itu yang diukir mengikut bentuk haiwan seperti ketam atau buaya sebagai contoh.







Pham Quyen turut menyajikan pelbagai hidangan lain seperti mi sup daging Vietnam, pho bo; popia goreng, cha gio; pau versi Vietnam, bahn bao; dan banyak lagi.







Apabila ditanya mengapa restorannya dinamakan Pham Quyen, Cik Aira menerangkan bahawa Pham adalah nama keluarganya yang telah menceburi pelbagai bidang perniagaan sejak 1940-an.


Cik Aira merupakan generasi ketiga yang meneruskan perniagaan keluarganya sehingga jenama keluarganya kini berjaya bertapak ke Singapura dalam industri perniagaan makanan dan minuman (F&B).

Sewaktu berkongsi rancangan perkembangan seterusnya bagi Pham Quyen, pasangan itu menjelaskan mereka akan membuka satu lagi cawangan di kawasan barat menjelang Januari 2024.

“Cawangan ketiga kami merupakan kedai ekspres di mana menu kami akan menumpukan lebih kepada kopi Vietnam dan juga bahn mi,jelas Encik Fahmy.


Mengulas tentang perkembangan perniagaan mereka, pasangan itu bersyukur dengan rezeki mereka sejauh ini.

Mereka berharap dapat menyajikan lebih banyak sajian dan tradisi Vietnam kepada penduduk Singapura.

  • Alamat dan Waktu Operasi: Simpang Bedok, 308 Bedok Road Singapura 479469 (10 pagi hingga 10 malam); dan 440 Pasir Panjang Road, Singapura 118782 (11 pagi hingga 11 malam)



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >