Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Teh tarik empat sekawan

Teh tarik merupakan minuman yang digemari ramai warga Singapura. Ia dinikmati oleh semua peringkat umur, pada bila-bila masa sepanjang hari. BERITA HARIAN menjejak gerai teh tarik yang terkenal dan diusul pembaca.
Oct 28, 2023 | 05:30 AM



Ketika menghirup Teh Tarik Zaffran dari gerai Tarik by Ali Redha yang terletak bertentangan dengan Masjid Sultan, rasa dan aroma lazat dapat dinikmati daripada bahan-bahan premium yang digunakan.

Tarik, yang memulakan perniagaan pada 2021, mencipta campuran teh mereka sendiri dan mengimport serbuk teh dari Kenya, Sri Lanka dan Indonesia.







Bahan bermutu yang digunakan dalam serbuk teh memainkan peranan penting dalam memastikan teh yang berperisa dan bermutu tinggi.

“Selain bahan bermutu digunakan, teknik membancuh teh juga sangat kritikal.

“Jika membancuh teh secara berlebihan, ia akan menjadi pahit dan jika ia kurang dibancuh, rasanya tidak akan menjadi sedap,” kongsi pemilik, Sheikh Ali Redha, 40 tahun, semasa diwawancara Berita Harian baru-baru ini.


Justeru, di Tarik, mereka akan membancuh teh dan memastikan bahan itu cukup sebati sebelum ia ditapis. Proses membancuh teh mengambil masa selama 15 hingga 20 minit.

Teh Zaffran – yang mengandungi buah pelaga, kayu manis, bunga lawang, cengkeh dan safron – ialah teh yang paling laris dijual di Tarik.

Antara teh lain yang dijual ialah Teh Zafflia, Teh Masala, Teh Halia dan Teh Pudina.

“Safron yang kami gunakan dalam teh diimport dari Iran dan ia sangat bermutu tinggi. Setiap gram safron itu berharga $7,” dedahnya.

Bekas krew kabin yang telah berkhidmat selama 14 tahun itu sering mendapat ilham semasa melancong di negara seperti Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan India yang terkenal dengan Teh Karak.

“Saya dan keluarga sangat meminati teh. Kami sering membuat teh bersama-sama dan sering menambah baik resipi teh tarik.”


Sheikh Ali Redha sering membuat teh bersama ibu bapa dan isterinya di rumah.


“Proses menghasilkan resipi mengambil masa empat hingga lima tahun dan kami akan menambah baik resipi selepas mendapatkan bahan yang lebih bermutu tinggi.”

Dengan rasa rendah hati, Sheikh Ali Redha tidak menyangka akan populariti Tarik. Pada mulanya, beliau hanya ingin menjual teh yang beliau sendiri gemar minum dan tidak menjangkakan ramai pelanggan juga menyukainya.

Ramai dalam kalangan pelanggan yang mengatakan rasa teh itu berbeza dan bermutu tinggi.


“Kami ingin rasa teh kami seimbang dan boleh dinikmati setiap lapisan umur, baik yang muda mahupun yang tua. Saya ingin teh yang kami jual berkrim dan bermutu tinggi.”

Bagi Sheikh Ali Redha, warna teh tarik yang kelihatan merah-jingga merupakan ciri-ciri yang beliau ambil kira dalam menentukan sama ada teh tarik itu bagus ataupun tidak.


“Bagaimanapun ada beberapa kedai di luar yang akan meletakkan pewarna untuk mencapai warna merah-jingga itu.”


Sheikh Ali Redha dan pekerjanya di Tarik tidak mengukur berapa banyak safron digunakan dalam campuran teh tarik mereka.


“Kami akan letak safron sehingga ia mencapai perubahan warna dan aroma yang kami inginkan. Serbuk teh yang digunakan juga membantu mencapai aroma dan warna secara semula jadi,” tambahnya, yang menjual 200 cawan teh sehari.


Selain teh, pelanggan boleh juga memesan karipap, samosa dan roti gulung sosej.

“Roti Kahwin yang juga dikenali sebagai roti dengan kaya dan mentega memang enak dimakan bersama teh. sebab campuran rasa manis dan masin Roti Kahwin itu melengkapi rasa teh itu.”

Gerai Tarik by Ali Redha, yang mempunyai beberapa bangku kecil di dalam gerai itu, sedang dalam perancangan untuk membuka satu lagi cawangan dalam masa terdekat.

Alamat: 92 Arab Street, #01-02, Singapura 199788


Waktu Operasi: 8 pagi hingga 10 malam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >