Pizza Hut Singapura mengembalikan hidangan ikonik Cheesy 7 dengan tema Marvel Studios, The Fantastic Four: First Steps.
Promosi yang berlangsung hingga 7 September itu memperkenalkan Cheesy 7 Quadro ($47.95) bersaiz besar, lengkap dengan empat pilihan sos unik – Keju, ‘Hot Honey’, Trufel dan Barbeku – yang diinspirasikan daripada kuasa ahli Fantastic Four.
Keju melambangkan kebijaksanaan Mr Fantastic; ‘Hot Honey’ mencerminkan watak Invisible Woman; Trufel mewakili gaya berani Human Torch; manakala Barbeku menggambarkan kekuatan The Thing.
Kesemua sos itu digabungkan atas campuran tujuh jenis keju seperti mozarela, Cheddar, Provolone, Edam dan Krim Keju dengan Cheesy 7.
Selain Quadro, Pizza Hut turut memperkenalkan Cheesy 7 Splitza ($35.95) bersaiz biasa atau ‘regular’ gabungan dua perisa dalam satu piza.
Pilihan termasuk Hot Honey & Cheese Splitza, serta Truffle & BBQ Splitza ($35.95), sesuai untuk mereka yang mahu cuba lebih daripada satu rasa.
Pelancaran piza itu turut disertakan dengan hidangan sampingan baru seperti, Hot Honey Beef Pepperoni Melts with Jalapeno ($9.95), enam Hot Honey Wings ($11.50), Swicy Waffles with Spicy Chicken Pop ($9.90) dan Cheesy 7 Platter ($14.90) yang boleh dikongsi bersama keluarga dan rakan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg