Resipi oleh Cef Muhammad Imran Sani
Bahan persiapan kuinoa
¼ cawan kuinoa tiga warna
2 ulas bawang putih
¾ cawan air atau stok rendah natrium
2 gram garam rendah natrium
2 hingga 3 batang akar ketumbar
Bahan persiapan ayam
200 gram dada ayam
10 gram bawang putih cencang halus
½ sudu besar serbuk cajun
2 gram garam rendah natrium
2 gram minyak zaitun simbol Pilihan Sihat
½ biji jus limau nipis
Bahan persiapan salad
1 batang jagung manis kukus atau bakar
35 gram tomato ceri, didadu
10 gram bawang merah cincang halus
1½ sudu besar daun ketumbar cencang halus
5 gram cili hijau cencang halus
30 mililiter minyak zaitun simbol Pilihan Sihat
2 gram garam rendah natrium
½ biji jus limau nipis
30 gram salad arugula
½ biji avokado didadu
30 gram timun didadu
20 gram keju parut
Arahan:
1. Dada ayam digaul dengan bawang putih cencang, rempah cajun, garam rendah natrium, minyak zaitun dan jus limau nipis.
2. Perap semalaman atau sekurang-kurangnya satu jam dalam peti sejuk.
3. Dalam periuk kecil, masukkan kuinoa, garam rendah natrium, bawang putih, akar ketumbar dan air.
4. Rebuskan semua ramuan atas api sederhana sehingga kuinoa menjadi kembang.
5. Keluarkan semua biji jagung menggunakan pisau yang tajam.
6. Dalam mangkuk besar, masukkan tomato, biji jagung dan bawang yang telah didadu; daun ketumbar dan cili hijau yang dicencang; garam rendah natrium, jus limau nipis dan minyak zaitun. Gaul rata semua bahan-bahan itu.
7. Dalam kuali, panaskan minyak sedikit dan goreng dada ayam selama kira-kira 3 hingga 4 minit dengan api sederhana. Setelah itu, keluarkan dan asingkan ayam itu. Tunggu sekurang-kurangnya 5 minit sebelum dihiris.
8. Dalam mangkuk salad besar, campurkan arugula, timun, kuinoa yang telah dimasak, jagung dan tomato. Susun di atas pinggan dan hias dengan avokado, keju parut dan hirisan dada ayam.
Resipi oleh Cef Muhammad Kamal Khamis
Bahan-bahan:
120 gram bawang merah, dihiris
20 gram bawang putih, ditumbuk
10 gram halia segar, dihiris
2 gram serbuk kunyit
30 gram lengkuas
80 gram serai, dititik
120 gram cili merah, dibuang biji
30 gram buah keras
60 militer santan rendah lemak
100 gram minyak masak simbol Pilihan Sihat
4 helai daun limau purut
1 helai daun salam
1 helai daun kunyit
700 militer santan rendah lemak
700 gram daging batang pinang, dipotong dadu
3 keping asam keping
Secubit garam rendah natrium, jika perlu
Secubit gula, jika perlu air secukupnya
Arahan:
1. Kisar bahan-bahan pes dalam pengisar.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis pes yang telah dikisar sehingga minyak naik ke permukaan.
3. Masukkan semua daun dan kacau.
4. Tuangkan separuh daripada santan rendah lemak dan biarkan masak selama 5 minit dengan api sederhana. Masukkan daging dan masak dengan api kecil.
5. Tambahkan baki santan rendah lemak dan asam keping. Kacau kuah dengan kerap untuk mengelakkan daripada terbakar atau melekat pada kuali.
6. Biarkan masak sehingga minyak daripada santan rendah lemak terpisah, kuah pekat, bertukar kecoklatan dan daging menjadi empuk. (Tambahkan air jika terlalu kering dan daging belum empuk.)
7. Jika perlu, tambah secubit garam rendah natrium dan gula secukup rasa.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg