Makanan Barat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saporita bawa makanan asli Italy ke pusat penjaja

Oct 26, 2024 | 5:30 AM
Pemegang saham Saporita, Encik Husain Kagalwala, menawarkan konsep makanan asli Italy di pusat penjaja supaya boleh dinikmati ramai.
Pemegang saham Saporita, Encik Husain Kagalwala, menawarkan konsep makanan asli Italy di pusat penjaja supaya boleh dinikmati ramai. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Makanan asli Italy mungkin jarang ditemui di pusat penjaja, tetapi itulah yang ditawarkan Saporita.

Terkenal dengan makanan Italy halal, Saporita menawarkan hidangan pasta dan piza yang disiapkan secara segar pada harga yang berpatutan.

Pemegang saham Saporita, Encik Husain Kagalwala, menjelaskan konsep Saporita:

“Kami orang pertama yang membawa blok keju (cheese wheel) Grana Padano seberat 40 kilogram ke pusat penjaja. Matlamat kami adalah untuk menjadikan makanan Italy bermutu tinggi dan mudah diakses.

“Ini terutamanya bagi mereka yang tidak berpeluang mencubanya di restoran yang lebih mahal.”

Saporita ditubuhkan pada 2021 dengan cawangan pertama mereka di Makansutra Gluttons Bay.

Encik Husain dan pasukannya memilih lokasi di kawasan pusat yang menarik pelancong dan penduduk tempatan.

Makansutra Gluttons Bay terletak berdekatan Esplanade dan Marina Square.

‘Pasta Truffle Cheesewheel’ bermula pada harga $18. Pasta dimasak dalam sos ‘bechamel’ dengan cendawan, lalu digaul dalam blok keju (cheese wheel) yang diberi nama, ‘Grana Padano’, dan disiram dengan minyak ‘truffle’. 
‘Pasta Truffle Cheesewheel’ bermula pada harga $18. Pasta dimasak dalam sos ‘bechamel’ dengan cendawan, lalu digaul dalam blok keju (cheese wheel) yang diberi nama, ‘Grana Padano’, dan disiram dengan minyak ‘truffle’.  - Foto SAPORITA

“Makansutra Gluttons Bay merupakan pusat penjaja yang mempunyai konsep terbuka di mana pengunjung boleh menikmati makanan di kawasan itu.

“Sambutan hangat daripada pelanggan pada waktu malam memberi perniagaan kami permulaan yang kukuh, dan ‘Pasta Truffle Cheesewheel’ kami menjadi popular,” kata Encik Husain.

Hidangan istimewa ini, bermula pada harga $18, menampilkan pasta yang dimasak dalam sos bechamel dengan cendawan, digaul dalam blok keju, ‘Grana Padano’ dan disiram minyak ‘truffle’.

Sos bechamel ialah sos putih klasik yang diperbuat daripada mentega, tepung dan susu. Ia memberi rasa yang lemak dan sering digunakan dalam masakan Italy seperti lasagne dan pasta.

Ia menawarkan pelanggan hidangan yang dianggap mewah pada harga berpatutan.

Cef dan pengurus Saporita, Encik Muhammad Ali, mengembangkan kepakarannya dalam masakan Italy selepas memulakan kerjayanya di sebuah restoran Italy.

Keghairahannya terhadap keaslian terserlah dalam menu Saporita, yang juga termasuk piza diregang (hand stretched) seperti calzone yang popular.

Calzone merupuka piza yang dilipat yang disumbat dengan sos tomato, keju mozarela, daging ayam dan daging lembu.

Calzone itu unik. Ia tidak kering seperti piza biasa. Ia mempunyai isi yang lembap di dalamnya,” tambah Encik Husain.

Hidangan popular lain termasuk ‘Pizza Tartuffo’, $20 dihiasi dengan ‘truffle’, sos krim cendawan dan daging ayam.

“Kami menggunakan bahan-bahan bermutu tinggi yang sering ditemui di restoran mewah, tetapi kami mengenakan harga yang lebih rendah.

“Kami juga menerima tempahan katering dengan harga berpatutan,” jelas Encik Husain.

Walau bagaimanapun, dengan peningkatan kos untuk bahan mentah seperti minyak ‘truffle’, pihaknya telah menaikkan harga beberapa hidangan mereka.

Selepas kejayaan cawangan pertama, Saporita membuka lokasi kedua di 125 East Coast Road pada 2023.

“East Coast mempunyai ramai pelanggan sepanjang hari dan lebih ramai pelanggan tempatan. Ia adalah tempat yang sempurna untuk pengembangan kami,” kata Encik Husain.

Saporita akan membuka semula cawangan pertamanya Makansutra Gluttons Bay pada 17 November selepas pengubahsuaian.

Dengan lokasi ini, Saporita ingin terus menawarkan makanan Italy asli yang lazat kepada orang ramai dengan menu yang lebih pelbagai.

Saporita
Alamat: Makansutra Glutton Bay, 8 Raffles Avenue, #01-15L, Singapura 039802
Waktu Operasi:
  • Isnin hingga Ahad, 4 petang hingga 10.30 malam

Get therelocation-icon
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg