Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Semangat ‘women power’ bantu capai sasaran turun berat badan

Sep 06, 2023 | 05:30 AM



Usaha menurunkan berat badan merupakan perjalanan yang ‘sunyi’ dan ‘berat’ jika dilakukan sendirian. Anda perlukan teman atau pasukan yang dapat saling menyokong, memberi motivasi dan meraikan setiap pencapaian. Inilah kesan ‘women power’ atau kuasa wanita apabila bersatu, saling memberi dorongan demi mencapai matlamat menurunkan berat badan.

Cik Norain Shariff Khan (Norain Boon),
42 tahun


Pencapaian: Susut 33.5 kilogram


Berbadan besar sejak kecil tidak pernah menjadi perkara yang mengganggu kehidupan Cik Norain Shariff Khan, 42 tahun, kerana beliau memang merupakan seorang yang ceria dan sentiasa berfikiran positif.

Namun kira-kira tiga tahun lalu mantan pengarah sebuah syarikat kecil dan sederhana (SME) itu seperti dihantuk teguran mengenai realiti kesihatannya apabila beliau menjalani ujian kesihatan menyeluruh atas saranan doktor.

“Saya rasa sihat sahaja, tetapi hasil pemeriksaan itu menunjukkan kandungan kolesterol saya tinggi, kadar gula di tahap ‘borderline’ dan tekanan darah agak rendah.

“Doktor lontarkan soalan kepada saya: Awak nak panjang usia agar dapat tengok anak awak dewasa tak? Kalau nak, tolong kurangkan berat badan mulai sekarang,” kongsi Cik Norain.

Bermacam yang lakukan untuk kurangkan berat badan – sekat makan secara drastik, ikuti program keto, pergi ke gimnasium untuk angkat berat dan sebagainya. Namun hasilnya tidak memuaskan.

Perubahan bermula apabila beliau menyertai pasukan teamlive24. Beliau dapati pendekatan yang betul adalah sebuah program yang menyeluruh, meliputi rancangan pemakanan yang seimbang, senaman yang pelbagai tetapi berdasarkan keperluan.

Dengan berat badan yang dapat dikurangkan 33.5 kilogram (kg) sejauh ini, tahap kesihatannya juga semakin baik.

“Saya faham sekarang bahawa tubuh masing-masing mempunyai keperluan yang berbeza. Ada yang perlu angkat berat untuk kecilkan punggung, ada yang lebih berkesan menjalani senam kardio.

“Kita tak perlu sekat makan, tetapi kena makanan yang bersih dan seimbang,” ujar Cik Norain yang kini menjadi inspirasi kepada ramai wanita untuk mendapatkan berat ideal.

Cik Suria Norhan, 42 tahun


Pencapaian: Susut 17 kilogram


Selepas melahirkan tiga orang anak, Cik Suria Norhan mendapati saiz badan mengembang 1.5 kali lebih besar.

“Berat badan saya mencapai 92 kg. Saiz terbesar di Uniqlo pun saya dah tak muat lagi. Kawan-kawan yang dah tak nampak saya, hampir tak kenal saya lagi,” kata Cik Suria, yang bertugas di SMRT.

Langkah beliau untuk mula menguruskan badan bermula apabila berurusan kembali dengan kawan lamanya dari Politeknik Nanyang, Cik Norain Shariff Khan yang merupakan jurulatih kesihatan.


Cik Norain berjaya memujuk Cik Suria agar menyertai pasukannya bersenam secara berpasukan.

Hasilnya, dalam tempoh 11 bulan Cik Suria berjaya mengurangkan 17 kg berat badan.

“Saya kini menjadi seorang yang lebih cergas, gembira dan positif.

“Paling best, kalau dulu saya hanya mampu perhatikan dari jauh apabila anak-anak bersukan aktif seperti berenang dan berlari-lari, saya kini dapat sertai mereka,” kata Cik Suria. – HANIM MOHD SALEH


Cik Aida Raihana, 36 tahun


Pencapaian: Susut 14 kilogram


Melayani dua orang anaknya yang sangat aktif, cukup memenatkan.

Namun Cik Aida Raihana, bekas pekerja bank, tetap mendapati berat badannya naik selepas bergelar ibu.


“Saya masih muda dan mahu kembalikan kecergasan saya. Macam-macam saya buat untuk kurangkan berat badan, tetapi saya semakin lapar, tak bermaya dan mood tak bagus.


“Apabila bertemu kawan seperti Norain, saya terdorong untuk memulakan aktiviti senam secara konsisten secara berpasukan. Alhamdulillah, setelah saya dapat kurangkan berat badan,saya rasa lebih ringan dan cergas,” kata Cik Aida yang setelah menjalani program jurulatih kesihatan, kini giat mendekati masyarakat untuk mengikuti kegiatan senaman.

Royhaizah Md Yusof, 53 tahun


Pencapaian: Susut 20 kilogram


Tugasnya sebagai pendandan rambut, memerlukan beliau berdiri dalam tempoh yang panjang.

Justeru berat badan 98 kg dua tahun lalu amat membebankan kaki dan sendi-sendi keseluruhannya. Namun beliau paling risau kerana sering merasa penat untuk melayani anak perempuannya yang berusia 12 tahun.

“Saya bukannya tinggi, jadi 98 kg berat badan memang sangat membebankan. Saya tahu saya kena buat sesuatu,” ujar pengarah di salon Muslimah, Karva.

Hasil penyertaannya dalam pasukan senam bersama-sama teman yang mempunyai matlamat yang sama, Cik Royhaizah berjaya menurunkan 20 kg dalam tempoh dua tahun.


“Saya ikut program diet sihat selain bersenam setiap hari. Saya belajar macam mana nak masak ayam merah tanpa banyak minyak, makan nasi lemak dengan sambil cili ikan bilis dengan cara lebih sihat. Bila badan dah ringan, saya rasa lebih ceria dan lebih muda,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >