Adakah anda peminat masakan Italy dan berminat untuk mempelajari cara membuat pasta sambil menikmati hidangan autentik?
Jangan lepaskan peluang menyertai sesi istimewa bersama Cef Gero Di Maria Mohammed Omar, pemilik restoran Kucina yang terkenal dengan masakan Italy halal sejak 2016.
Dalam sesi itu, Cef Gero akan menunjukkan cara membuat pasta tagliolini bersama sos yang lazat.
Anda juga akan mempelajari bahan-bahan penting yang menjadi asas dalam masakan Italy, sambil mendapatkan panduan eksklusif daripada cef yang berpengalaman.
Bukan itu sahaja, para peserta juga berpeluang menjamu selera dengan beberapa hidangan Italy hasil air tangan Cef Gero.
Ini adalah pengalaman unik yang akan membawa anda lebih dekat kepada keaslian masakan Italy, sambil memastikan semuanya halal dan sesuai untuk dinikmati oleh semua.
Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kemahiran memasak anda dan mengalami sendiri keunikan rasa masakan Italy halal.
Bila: Selasa, 28 Januari
Masa: 5 petang hingga 7 malam
Tempat: Restoran Italy Kucina, Kinex, 1 Tanjong Katong Road, #B1-09/10
Bayaran:
- Percuma bagi pelanggan Berita Harian
- Bayaran $40 bagi bukan pelanggan Berita Harian


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg